Seorang bekas artis K-Pop nampaknya lebih tenang dan bahagia walaupun memilih kerjaya pemotong rumput selepas terlibat dengan kontroversi.
Pada 11 Mei yang lalu, bekas penyanyi K-Pop, Bang Minsoo ataupun lebih dikenali sebagai C.A.P telah mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Teen Top.
Terbaharu, menerusi saluran YouTube ‘All About Jobs’ telah memaparkan kehidupan Bang Minsoo selepas meninggalkan Teen Top dengan dia bekerja sebagai seorang pemotong rumput.
Menurutnya, dia tidak berasa malu dengan pekerjaannya sekarang walaupun tidaklah semewah seperti saat dia menjadi selebriti tetapi dia lebih berasa tenang dan bahagia.
Difahamkan, Bang Minsoo mampu meraih lebih RM200 sehari bergantung kepada keluasan kawasan semak atau rumput. Untuk satu kawasan, dia hanya perlu tempoh 20 minit untuk selesaikan kerja.
Bang Minsoo juga mengatakan dia selalu berasa kosong dan alami kemurungan ketika menjadi selebriti walaupun miliki wang yang banyak Ketika ini, wang ringgit bukan keutamaan dan hidup sederhana seperti ini sudah membuatkannya bahagia.