Bekas gelandangan ini tak perlu terjerit bingit terlompat – Ini reaksi Amir Jahari selepas kali pertama bergelar juara

Bekas gelandangan ini mencipta sejarah apabila lagu ciptaannya merangkul gelaran juara di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) tanpa perlu terjerit bingit dan terlompat-lompat di pentas.

Gelaran juara untuk lagu ‘Hasrat’ yang menjadi runut bunyi filem Imaginur lakonan Beto Kusyairy dan Diana Danielle itu adalah kali pertama diraih oleh Amir Jahari.

‘Hasrat’ menewaskan 11 lagu lain yang turut bertanding dan melayakkan Amir membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM100,000 dan trofi.

Lagu ‘Hasrat’ yang dicipta dan liriknya pun daripada Amir, 32, memang membuai perasaaan penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil juga di rumah.

Amir semalam menampilkan persembahan penuh menyentuh hati sebagai tanda solidariti kepada mereka yang gugur syahid di bumi Palestin.

Sejurus diumumkan sebagai pemenang, Amir gagal menahan air mata dan terus melakukan sujud syukur.

“Bila menang ini, ada satu perasaan yang sangat pelik,” itu antara reaksi Amir.

Menurutnya, dia kerap menyertai pertandingan nyanyian, tetapi belum berpeluang untuk mengecap kedudukan sebagai juara.

“Saya rasa sangat gembira dan terkejut sebab saya tak pernah sangka akan jadi juara. Banyak kali saya sertai pertandingan, tapi tak pernah ada nombor pun.

“Paling tinggi (tempat) pun, ketika saya serta pertandingan bersama AG Coco dan dapat tempat kedua,” katanya, dipetik Harian Metro.

Untuk rekod, lagu ciptaan ayah kepada tiga cahaya mata itu memang diramal semua pihak akan mengungguli AJL38, namun Amir nampaknya merendah diri.

Ujarnya, dia tidak membaca mengenali ramalan orang ramai mengenai lagu itu bakal juara, sebaliknya hanya mendengar makluman daripada kenalannya.

“Mengenai ramalan orang di media sosial, saya tak baca Twitter sebelum saya naik ke pentas.

“Tapi, ada orang yang maklumkan kepada saya.

“Bagaimanapun, saya tak mahu percaya sebab saya tak pernah jadi juara.

“Saya tak mahu berharap sebab apa pun, di penghujung hari, saya tetap diri saya dan biar muzik saya yang ‘bercakap’ sendiri,” katanya lagi.

Amir yang berasal dari Kuching, Sarawak memulakan kerjaya muziknya dengan ‘busking’ sebelum menyertai program realiti popular, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) pada 2011.

Beliau semasa di AF9 kena kritik teruk dengan Kak Ogy atau nama sebenarnya, Fauziah Ahmad Daud.

Namun, dia hanya mampu bertahan sehingga minggu ketiga apabila diumumkan tersingkir bersama seorang lagi pelajar, Ayda Jebat.

BACA JUGA “Aku nekad kahwin dengan bapak mertua bekas suami, biar sampai bila bila dia terseksa tengok muka aku”