Bekas isteri dedah Andika Putera curang dengan isteri orang, siap bukti

Bekas isteri kepada seorang pempengaruh terkenal yang juga coach dalam bidang perniagaan Andika Putera hari ini tampil membuat pendedahan mengejutkan mengenai bekas suami yang didakwa curang dengan isteri orang.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, wanita yang juga merupakan influencer itu mendakwa, sebelum mereka bercerai bekas suami pernah menjalinkan hubungan dengan pekerja sendiri.

Tetapi, dia masih memaafkan dan memberi peluang malah langsung tidak mengaibkan suami di media sosial.

Namun, selepas bercerai, bekas isteri terkejut apabila mendapat tahu bekas suaminya itu rupa-rupanya turut bercinta dengan bini orang.

influencer

Dakwa wanita ini lagi, perbuatan suaminya turut disedari staf di pejabat. Tetapi staf dikatakan hanya mampu berdiam demi menjaga periuk nasi sendiri.

influencer
influencer

Dakwaan mengejutkan yang dibuat bekas isteri menyebabkan orang ramai telah menyerang akaun Instagram Andika Putera.

Rata-rata meluahkan rasa terkejut dan meminta penjelasan adakah dakwaan yang dibuat bekas isteri ini benar.

Tak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa kerana influencer terbabit dikenali dengan kata-kata nasihat dan motivasi.