Bekas isteri Nedim rupanya kahwin dengan adik Sultan Terengganu

Semalam kecoh satu Maaysia apabila Nora dan Nedim bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, kira-kira jam 8.40 malam tadi.

Pasangan itu juga menyangkal dakwaan masalah kewangan jadi punca perpisahan.

“Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga.

“Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan.

Sebelum Nedim Nazri dan Nora Danish melangsungkan perkahwinan, Nedim terlebih dahulu berkahwin dengan Nabilah Khan atau mesra dipanggil Bee Khan.

Pasangan itu berkenalan pada tahun 2007, melangsungkan perkahwinan pada 2011 namun perkahwinan mereka hanya bertahan dua tahun. Mereka bercerai pada tahun 2013.

Tiada kenyataan rasmi dari kedua-duanya mengenai punca perceraian mereka, namun Bee menjaga anak dari perkahwinan mereka iaitu Mohamed Nedrin, kini berusia lima tahun.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Bee telah berkahwin dengan adik lelaki Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu, iaitu Dato’ Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud sekitar November tahun lepas dan kini bergelar To’ Puan Seri Nabilah Khan.

baca: 50 ekor babi bergelimpangan atas jalan di Kelantan selepas lori kemalangan