Bekas isteri sarungkan cincin untuk tunang bekas suami, masih berkawan walaupun sudah bercerai

  • Post author:

Pastinya tidak ada pasangan yang memulakan perkahwinan dengan penceraian di minda. Namun perpisahan antara suami dan isteri bukan bermakna anda perlu bermusuh selamnya, apatah lagi kalau punya anak bersama.

Tular di TikTok mengenai seorang wanita yang dilihat menyarungkan cincin kepada tunang yang kini memiliki hati bekas suaminya itu dengan senyuman.

Wanita tersebut meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya menemui teman hidup yang mampu membahagiakannya selepas perpisahannya dengan bekas suami.

@ekatyka

ex isteri hantar ex suami pergi bertunang.. bekas isteri tolong sarung cincin #semoga yang baik2 untuk semua alhamdulillah semua dah selamat dan selesai #stickermaster2022 #fypシ

♬ Selamat Pengantin Baru – Wann

Wanita yang dipercayai kakak kepada Eka_Tyka (pemilik akaun TikTok) telah menghadiri majlis pertunangan bekas suaminya.

Menurut Eka, meskipun perkahwinan kakaknya itu sudah berakhir, tetapi wanita itu bersama keluarganya dilihat tabah menghantar dan mewakili bekas suami ke majlis pertunangannya.

Tetapi apa yang mencuri perhatian ramai apabila melihat momen wanita ini menyarungkan cincin tunang di jari manis calon teman hidup baharu bekas suaminya itu.

“Bekas isteri hantar bekas suami pergi bertunang. Bekas isteri tolong sarung cincin.

“Kami sekeluarga bekas isteri rasa happy dan syukur sangat. Lihat bekas suami sudah bertemu teman hidup yang cantik dan baik.”

Video yang dikongsikan Eka telah mendapat lebih 300k tontonan selain menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata daripada mereka memuji ketabahan wanita ini serta keharmonian yang terjalin antara mereka bertiga namun tidak ramai juga yang mempersoal kemana keluarga pihak lelaki.

Di dalam video berasingan, pemilik akaun TikTok tersebut menjelaskan bahawa keluarga terdekat bekas suami ada urusan yang tak dapat dielakkan hingga akhirnya memutuskan untuk kakaknya menyarungkan cincin kepada tunang bekas abang iparnya.

Baca Juga: Isteri sanggup upah perempuan simpanan RM1,855 sebulan untuk suami

Baca Juga: ‘Pasangan ini tak patut membiak’, lelaki ‘suap’ vape ke mulut bayi tampil beri penjelasan