Bekas isteri Sultan Brunei Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar memberi kata-kata semangat buat Nora Danish dan Nedim Nazri yang disahkan bercerai, semalam.
Menurut Azrinaz yang juga bekas personaliti televesyen itu berkata perpisahan adalah perkara yang menyakitkan namun, percaya bahawa Nora dan Nedim dapat mengharungi dugaan kehidupan dengan baik.
Azrinaz Mazhar
“Perkara yang paling menyakitkan dalam perkahwinan apabila perceraian adalah satu-satunya pilihan.
“Saya percaya kalian berdua cukup matang untuk mengatasi semua ini dengan bijaksana seperti mana terlihat dalam video (temu bual dengan media),” ujarnya dalam sebuah hantaran di Instagram Nedim
“Saya mendoakan perkara baik-baik dan kekuatan buat anda (Nedim) dan Nora,” katanya lagi.
Semalam kecoh satu Malaysiaapabila aktres Nora Danish dan Nedim disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
Sekadar info, Azrinaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Sultan Brunei dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur pada tahun 2005. Bagaimanapun, mahligai tersebut hanya bertahan selama lima tahun.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 18 dan Pengiran Anak Puteri Ameerah, 16.
Azrinaz kemudian bernikah dengan Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3 pada 1 Mei 2018. Mereka dikurniakan dua zuriat iaitu Areesya Malaykha, 4, dan Atheera Medinah, 2 tahun.
Baca: Tak sangka 6 orang hantar sihir serentak pada Ustaz Kazim