Bekas KP KSN, Zolkples Embong meninggal dunia

Bekas Ketua Pengarah MSN Zolkples Embong meninggal dunia di kediamannya pagi ini.

Menurut laporan Bernama, polis berkata Zolkples di percayai meninggal dunia kerana sakit jantung.

Berita pemergian Zolkples dikongsi laman Twitter rasmi atlet Malaysia, @AtletMalaysia pada 10.23 pagi tadi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak ketika mengesahkan perkara itu berkata jenazah Zolkples, kini berada di Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan bedah siasat.

“Anak saudara dan pembantu peribadi beliau meminta bantuan polis untuk membuka pintu rumah arwah kira-kira 10 pagi tadi selepas beberapa panggilan dibuat tidak dijawab. Selepas polis berjaya membuka pintu rumah, jenazah Zolkples ditemukan terbaring.

“Punca dan waktu kematian akan diketahui setelah selesai bedah siasat,” katanya.

Difahamkan, jenazah Zolkples ditemukan terbaring di bahagian dapur rumahnya, menurut laporan Bernama.

Zolkples mula menjawat jawatan Ketua Pengarah MSN sejak 2007 hingga 2014 dan pernah menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia 2010 yang menyaksikan Malaysia merangkul sembilan pingat emas sekali gus merupakan pencapaian terbaik kontinjen negara sepanjang penyertaan pada temasya sukan berkenaan.

Berikutan kejayaan itu, beliau sekali lagi diberikan kepercayaan sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik London 2012.

Zolkples juga pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA 2017.

sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/03/bekas-kp-msn-zolkples-meninggal-dunia/

COMMENTS