Bekas KPN Tun Hanif Omar meninggal dunia

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia jam 2.15 pagi tadi.

Perkara ini disahkan oleh anak Allahyarham, Abdul Rahmat Omar Mohamed Haniff.

“Dengan perasaan amat dukacita.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

“Saya, Abdul Rahmat Omar bin Mohamed Haniff, ingin memaklumkan pemergian pulang ke Rahmatullah Ayahanda kami yang dikasihi, Tun Haji Mohammed Hanif bin Omar sekitar jam 2.15 pagi tadi, Sabtu 20 April 2024,” kata Abdul Rahmat dalam kenyataan ringkas.

Urusan jenazah akan menyusul kemudian, jelas beliau lagi.

Tun Mohammed Hanif Omar (lahir 16 Januari 1939) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat iaitu selama 20 tahun. Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.

Dilahirkan di Teluk Intan, Perak, Haniff Omar menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970, dan Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971.

Baca: “Sakit hati tengok anak perempuan dikulikan, mertua pulak jenis taknak kalah nak tukar tv sofa baru tiap kali raya”