Bekas murid dedah mesej terakhir Farah Kartini, terkejut nasihat jadi kenyataan -“Manusia mudah berubah”

Tular di laman sosial Tiktok hantaran oleh seorang bekas pelajar yang pernah menjalinkan persahabatan bersama Nur Farah Kartini.

Remaja bernama Tasya itu merupakan bekas pelajar ketika wanita malang itu menjadi guru praktikal di Melaka pada tahun 2022.

Menurut hantaran itu, Farah menasihati bekas pelajarnya itu supaya bijak memilih rakan dan perlu mengutamakan pelajaran.

“Cikgu (Farah) nak awak (Tasya) sentiasa kuat, jangan sedih-sedih tau. Awak nak SPM tu nanti, fokus belajar.”

“Kalau awak takut tiada kawan, cari kawan yang awak boleh percaya. Kalau tiada pun, awak cari kawan yang hanya sekadar kawan bagi awak. Maksunya, bila masa dia ada, adalah tu. Kalau tiada biarkan dia.”

“Awak hanya cari circle yang sesuai dengan diri awak sahaja. Orang ini kita tak boleh nilai, sebab manusia cepat berubah.”

Tasya berkongsi mengenai perkata itu menerusi sebuah hantaran di TikTok berserta sekeping foto mereka bersama.

Nur Farah Kartini, 25 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang akhirnya ditemui mati dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang. 

Mayatnya dijumpai di sebuah ladang kelapa sawit yang sunyi dan dipercayai dibunuh oleh teman lelaki yang juga seorang anggota polis di Balai Polis Slim River.

Baca juga: Bukan hanya Farah Kartini, ini antara mangsa hilang dan bunuh yang gemparkan Malaysia