Bekas Perdana Menteri Jepun ditembak pada acara kempen, dikejarkan ke hospital di bandar Nara

Bekas Perdana Menteri Jepun ditembak pada acara kempen, dikejarkan ke hospital di bandar Nara. Shinzo Abe dilaporkan ditembak pada acara kempen di wilayah Nara pada Jumaat, lapor media tempatan.

Beliau sebelum itu menyampaikan ucapan menjelang pilihan raya Dewan Perwakilan pada Ahad apabila bunyi tembakan kedengaran, menurut penyiar nasional NHK dan agensi berita Kyodo.

Berikutan tembakan itu, Abe, 67, rebah dan cedera di leher, sumber Parti Liberal Demokratik (LDP) memberitahu agensi berita Jiji.

berkas perdana menteri Jepun rebah
LDP mahupun polis tempatan tidak dapat mengesahkan laporan dengan segera.

NHK dan Kyodo melaporkan Abe dibawa ke hospital dan dilaporkan berdepan situasi ‘cardo-respiratory arrest’ (fungsi jantung dan pernafasan terhenti).

Beberapa media melaporkan beliau kelihatan ditembak dari belakang, mungkin dengan senapang patah.

Abe, perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat, memegang jawatan pada 2006 selama satu tahun dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020.

Berikutan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an atas cubaan membunuh dan merampas sepucuk pistol, menurut NHK, memetik sumber polis. – AFP

Baca Juga: Datuk Bandar di Mexico kahwini aligator yang dianggap sebagai Dewa Tanah Air Negara

Baca Juga: Tarik tudung muslimah: Nick akui tidak boleh tidur di lokap, harap netizen terimanya selepas ini