Bekas Perdana Menteri China, Li Keqiang meninggal dunia hari ini di Shanghai menurut laporan.
Mendiang mengalami serangan jantung pada Khamis, lapor media kerajaan.
Menurut Agensi berita Xinhua, Keqiang meninggal dunia pada awal pagi selepas percubaan resusitasi gagal.
Keqiang berumur 68 tahun.
CCTV meaporkan, “Li Keqiang mengalami serangan jantung secara tiba-tiba dan selepas usaha habis-habisan untuk memulihkannya gagal, meninggal dunia di Shanghai”.
Bekas Perdana Menteri dan ketua kabinet China itu berkhidmat di bawah Presiden Xi Jinping selama sedekad dari 2013 sebelum bersara pada Mac 2023.