Sekumpulan saintis telah berhasil “menghidupkan” semula seekor cacing bulat yang berada dalam keadaan beku selama 46,000 tahun.
Cacing tersebut berada dalam keadaan beku sejak zaman gajah mamut berbulu, harimau bertaring tajam, dan rusa gergasi berkeliaran di Bumi.
Cacing yang tidak diketahui jenisnya itu terselamat setelah berada pada 40 meter di bawah permukaan beku di kawasan permafrost Siberia.
Ia berada dalam keadaan tidak aktif dikenali sebagai cryptobiosis, demikian menurut Profesor Emeritus Teymuras Kurzchali daripada Institut Biologi dan Genetik Sel Molekul Max Planck.
Cacing ini yang berada dalam cryptobiosis boleh hidup dalam keadaan tiada air atau oksigen sama ada dalam suhu yang tinggi, beku atau masin.
Cacing itu dikatakan berada dalam fasa di antara kematian dan kehidupan, di mana kadar metabolismenya menurun pada tahap yang tidak dapat dikesan, jelas Kurzchalia.
βIa boleh menghentikan kehidupan dan kemudian memulakannya dari awal. Ini penemuan utama,β katanya sambil menambah, organisma lain yang sebelum ini dihidupkan semula dari kawasan itu berasal dari tempoh beberapa dekad sahaja dan bukannya beribu-ribu tahun.
Baca juga: Saintis kesan degupan misteri dari matahari. Ini rupanya penjelasannya!