Belanjawan 2021 yang menarik perhatian ramai sejak beberapa hari lalu, akhirnya diluluskan melalui undi suara di Dewan Rakyat hari ini.
Cubaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang mahu pengundian dibuat secara en bloc tidak kesampauan apabila cadangan itu gagal mendapat sokongan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen.
Ketika semakan dibuat kakitangan Dewan Rakyat hanya 13 ahli parlimen yang berdiri untuk menyokong cadangan Mahfuz.