Jikalau kita hendak buat nasi dagang wajar ada ikan tongkol atau aya, tapi sedarkan kita rupanya ada rahsia yang orang tak tahu iaitu bisa kepada resdung.
Patutlah sesetangah orang yang ada resdung memang alah dengan ikan tongkol, bak kata makan saja ikan tongkol mulalah datang resdung itu.
Ada petua yang dikongsi oleh Lopak Tikey di dalam Facebook bahawa beli ikan tongkol atau aya kena beringat sokmo.
Di bahagian ekor itulah adanya bisa ikan untuk yang penderita resdung. Sebab tu jarang beli lauk siap untuk ikan ini. Kalau nak makan memang akan beli, siang dan masak sendiri.
Anak pun dah tahu kalau siang ikan ni ekor mesti tarik buang bisa dia dahulu. Baru boleh proceed next step dan sampai basuh bersih.
Beli yang halus-halus je senang nak tarik buang bisa dia. Kalau besar okey je nak beli tapi bab tarik bisa tu kena tarik nafas panjang dulu.
Kata Lopak Tikey cara nak buang bisa dia, kena pulas sikit ekor sampai rasa longgar sikit dan tarik. Jangan pulas habis takut ekor tercabut terus dan tak sempat tarik bisa tu keluar.
Baca juga: Ramai terkejut Ustaz Don suruh dengar lagu ColdPlay, “Kalau boleh dengar lagu Fix You..”