Membeli rumah atau biri-biri? Ini biri-biri ‘lambang kemegahan’ bukan kaleng-kaleng harganya boleh cecah RM377 ribu.
Dagingnya lazat menjadikan ia spesies istimewa dan unik, kebanyakan rakyat Senegal menganggap haiwan itu cantik dan menjadikannya sebagai lambang kemegahan.
Baka haiwan itu dianggap sebagai lambang prestij dan simbol status di negara Afrika itu dengan anggaran nilainya yang tertinggi melebihi AS$85,000 (RM377,442.50)
Biri-biri yang dikenali sebagai Ladoum juga sebagai raja biri-biri, binatang ini dikatakan memiliki keunikan tersendiri dengan nilainya melebihi harga sebuah kereta mewah atau rumah.
Ladoum yang juga kacukan baka ‘Touabire’ dari negara Mauritania dan ‘Bali-bali’ dari Mali, pertama kali dibiakkan di luar ibu kota Dakar, pada awal 1970-an.
Memiliki ketinggian 1.2 meter dengan berat mencecah 175 kilogram, haiwan itu mempunyai bulu licin dan tanduk bergulung panjang.
Pernah juga menyaksikan pertandingan ratu cantik biri-biri Ladoum di televisyen dan mengikuti penternak popular di media sosial hanya untuk mengagumi kumpulan itu.
Ladoum kini dianggap lebih daripada seekor biri-biri, bahkan menjadi lambang status dan lebih penting daripada kereta, rumah atau pakaian mahal.
Tahun ini, harga biri-biri Ladoum melebihi AS$85,000, walaupun ada baka yang ditawarkan pada harga jauh lebih rendah iaitu AS$3,000 (RM13,321.50).
Bagaimanapun, baka ini pastinya terlalu mahal untuk majoriti rakyat Senegal yang hanya dapat mengagumi biri-biri itu dari jauh sahaja.