Seorang pelanggan wanita resotaran mewah mengejutkan orang ramai apabila melepaskan udang berharga €200 (RM1,002) di celah celah pagar logam yang berada di laut.
Akhbar Mirror UK melaporkan bahawa wanita tersebut telah memesan seekor udang karang semasa kunjungannya ke restoran Gente di Mere, pulau Sardinia bersama suaminya.
Pemilik restoran, Antonio Fasolino berkata: “Pada mulanya saya menyangka dia bergurau. Saya kemudian faham bahawa dia serius dan mahu melakukan perbuatan yang baik.
Fasolino mengambil seekor udang karang hidup dari tangki dan menimbangnya di dapur. Setelah penimbangan selesai, dia memberitahu pasangan berkenaan bahawa harga udang itu adalah €200 (RM1,002).
Setelah dibawa ke meja pasangan tersebut, wanita itu terus melepaskan udang kara itu di celah-celah pagar logam ke dalam laut.
Sebaik jatuh ke dalam air, udang tersebut terus berenang pergi.
“Melihat keterujaan dan kegembiraan wanita itu, saya juga terharu. Dia sangat gembira dan teruja kerana dapat memenuhi hasratnya dan kami juga gembira,” kata Fasolino.
Baca juga: Perkampungan sebenar Harry Potter diancam kebakaran, pelancong dilabel ‘tidak faham bahasa’