“Belikan gelang emas pun letak merata-rata, bila time tidur aku usik bini sikit terus dia tepis. Sekarang aku dah tawar hati sangat”

Dalam perkahwinan, berkomunikasi adalah penting supaya pasangan mampu membincangkan soal rumahtangga serta hal-hal yang penting.

Bukan sahaja tentang soal yang penting, malah dapat meluahkan isi hati masing-masing supaya dapat memperbetulkan apa sahaja masalah yang timbul dalam hubungan.

Lelaki ini berkongsi kisah rumahtangganya yang hambar dan tiada ‘spark’ seperti dahulu akibat dirinya yang suka menjauhkan diri dari isteri hingga terbiasa untuk hidup tanpa dirinya.

Assalamualaikum. Minta min hidekan profile saya ya. Saya nak luahkan isi hati saya yang dah terpendam. Saya merupakan seorang suami pada 2 anak. Perkahwinan dengan isteri saya lebih kurang dalam 3 tahun.

Saya ni jenis orang yang introvert (pendiam) tapi kalau dengan isteri dan kawan-kawan rapat saya aktif je bercakap. Alhamdulillah setakat ni saya tak pernah lagi naik tangan atau tinggi suara kat isteri. Cuma saya terkilan dengan per4ngai isteri saya yang sampai sekarang saya tak faham.

Layanan dia dah berkurang untuk saya. Dulu saya selalu tolong dia buat kerja rumah, basuh baju, belajar memasak macam-macam jenis makanan, senang kata saya tolong ringankan semua beban dia sebab faham dia penat jaga anak.

Kami berdua bekerja pagi, balik malam. Lepas balik kerja ambik anak di rumah pengasuh terus balik ke rumah. Jadi masa kami bersama anak beranak cuma lepas balik kerja dengan waktu cuti. Kadang- kadang cemburu juga dengan anak-anak.

Sejak anak pertama lagi kami banyak tidur asing, dia tidur dalam bilik dengan anak, saya banyak habiskan masa di ruang tamu. Saya memang susah tidur malam dan selalu tidur lewat sebab banyak fikirkan masalah keluarga, kewangan dan tempat kerja sebab saya ada anxiety dan str3ss.

Kadang-kadang saya banyak habiskan masa tengok movie atau main game baru boleh tidur. Isteri dan anak biasa lepas makan malam terus masuk tidur.. Kalau dia tak tidur pun dia akan habiskan masa dengan phone dia. Takde nak luangkan masa dengan saya.

Saya memang jenis tak bercerita masalah sebab saya suka pendam. Kadang-kadang kalau str3ss saya perlukan dia, dia tidur. Saya usik sikit dah menjerit tepis. Kalau dari segi hubungan badan, boleh kira dengan jari. Kadang-kadang sebulan sekali tu pun saya dah macam mengemis.. Sekarang saya pun dah belajar tak meminta.

Saya banyak terasa hati dengan dia, kadang saya belikan itu ini, macam tak dihargai. Beli gelang emas pun dia tak pakai, simpan merata-rata.. Pakaian pun kalau pakai sekali dua je. Tarikh – tarikh penting macam anniversary dan birthday pun dia tak luangkan masa untuk saya.

Sekarang saya diuji masalah kewangan tapi alhamdulillah barang kering dan basah sentiasa ada kat rumah. Pinjaman bank, bil-bil semua saya akan bayar on time. Cuma duit bulanan nafkah belanja dia kadang-kadang saya termiss jugak sebab tak cukup duit belanja.

Sekarang kami hampir dah 7 bulan tak bercakap. Kalau bercakap pun benda-benda penting je. Dia pun tau sebab apa kalau saya tiba-tiba diam dan adalah jugak kadang- kadang pujuk saya tapi bertahan seminggu je. Pastu dia buat balik. Kami duduk 1 rumah tapi rasa macam orang asing.

Saya faham mungkin dia penat jaga anak dan kerja tapi saya pun penat juga dengan kerja, dengan masalah masalah yang banyak saya fikir. Tugas dia kalau saya suruh barulah dia buat macam buatkan air ke, kalau tak, takde lah.

Saya tak minta banyak cuma nak dia luangkan masa untuk bersama. Dapat curi time tidur pun dah boleh buat saya happy. Isteri saya juga kadang-kadang dia keluar ke mana- mana tak bagitau saya hala tuju. Bila ditanya baru dibagitahu.

Dia pun pernah buka aib saya dekat kawan-kawan dia. Saya tak rasa macam saya ni suami. Sekarang saya dah kurangkan tolong buat kerja rumah sebab bagi saya macam tak dihargai. Saya banyak habiskan masa sorang-sorang.

Kadang-kadang kawan ajak keluar malam pun saya tolak sebab berat hati nak tinggalkan anak bini di rumah. Ada juga terfikir nak lepaskan, nak curang, tak nak hidup lagi tapi bila fikir anak bini saya cuba bertahan. Mental saya dah letih.

Saya tak minta banyak, saya cuma nak dia layan saya sebagai suami. Macam isteri lain layan suami dia. Kadang-kadang cemburu juga tengok pasangan bahagia je. Saya tau isteri saya baik, saya tak rasa dia curang belakang saya.

Cuma saya tak faham dia kenapa. Saya tak pasti saya ada buat salah atau apa. Sekarang m4kin hari saya dah rasa tawar hati. Tapi saya cuba lawan. Mungkin orang di sekeliling nampak kami bahagia tapi hanya kami je yang tahu. Harap semua boleh bagi saya semangat untuk saya teruskan hubungan kami.

Baca juga: “Jiran cakap suami balik rumah pegang tangan perempuan lain, menggigil badan aku bila nampak suami dengan adik sendiri buat maksiat..”