Bella Astillah dakwa Sophia Albarakbah masih belum ‘move on’, dilabel kaki penipu dan putar belit

Isteri penyanyi Aliff Aziz, iaitu Bella Astillah, telah mendakwa bahawa pelakon Sophia Albarakbah menipu dan memutar-belit kenyataan mengenai kehadirannya dalam konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ASGV) di Shah Alam pada malam kelmarin.

Bella, atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, menerusi hantaran di Instagram Story, turut mendedahkan bahawa Sophia hanya meninggalkan dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas persembahan Aliff berakhir.

“Haih tapi tak hairanlah dia ni dah biasa menipu dan putar belit. Ya Allah masih nak menipu masih ada di dalam dewan sehingga persembahan Liza Hanim?

“Serius la dia ni. Dahlah nama tak ada dalam senarai artis yang hadir. Dan kemudian lepas Aliff habis saja menyanyi dia terus gerak balik.

“Sudahlah duduk depan wartawan, selepas itu hendak menipu lagi,” tulisnya di Instagram Story.

Selain itu, Bella, yang juga seorang pelakon, turut mendakwa bahawa nama Sophia sebenarnya tidak terdapat dalam senarai tetamu yang sepatutnya hadir pada malam tersebut.

Namun apabila dihubungi, Bella enggan memberikan sebarang ulasan lanjut mengenai hantaran yang dimuat naik di Instagram Story-nya.

Terdahulu, ketika diwawancara oleh wartawan hari ini, Sophia menjelaskan bahawa kehadirannya di ASGV tidak berkaitan dengan penyertaan Aliff.

Sophia menyatakan bahawa dia hanya hadir untuk memberi sokongan kepada sepupunya, Aisha Retnio, yang membuat persembahan pada malam tersebut.

Sebelum ini, Sophia dan Aliff telah menjadi tumpuan kontroversi kerana didakwa menjalin hubungan cinta semasa penggambaran drama bersiri, “Ku Akad Kau Dengan Bismillah.”

Baca juga: “Bini ugut nak kikis harta kalau aku mintak cerai sebab dia pemalas tahap gaban, pagi petang cuma kerja untuk anak sampai aku nekad nak..”