“Bella Hadid pun dah kena pecat”- Netizen sekolahkan Eyka Farhana, ‘beria’ promosi jenama sokong Israel

Pelakon Eyka Farhana telah memuat naik sebuah video di laman Instagram untuk mempromosikan beberapa produk kosmetik daripada sebuah jenama terkenal antarabangsa.

Video berkenaan menunjukkan Eyka Farhana dilihat sedang bersiap untuk ke majlis makan malam.

Pelakon drama “Melur Untuk Firdaus 2” ini juga terlihat mengenakan alat solek seperti bedak kompak, gincu, eyeshadow, dan minyak wangi dalam video tersebut.

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut menimbulkan ketidakselesaan di kalangan sesetengah pihak kerana produk kecantikan yang dipromosikan oleh Eyka dikatakan mempunyai pertalian dengan negara Israel.

Malahan, model terkenal dunia, Bella Hadid juga dikatakan telah dipecat daripada menjadi duta jenama tersebut kerana dengan lantang menyuarakan tentang isu kekejaman Zionist di tanah Palestin.

Rata-rata netizen mengkritik Eyka kerana dianggap tidak sensitif terhadap penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin pada masa ini.

“Boikot. Bella Hadid pun sanggup berhenti daripada menjadi model pro-Israel ni. Orang Malaysia kita pula yang duduk pulun.

“Bella Hadid yang supermodel worldwide pun tak kisah. Awak BBNU kan? Tu yang menggeletis duduk promote produk pro-Israel.

“Tak sensitif isu terkini. Palestin tengah menderita. Sengsara.

“Sensitif la sikit. Saudara kita teruk dekat sana. Jangan terkinja-kinja sambil promote produk yang sokong Israel,” antara komen-komen netizen.

Baca juga: Selalu ‘kabut’ kalau tetamu datang mengejut, ini resepi mudah buat agar-agar lumut..tak sampai sejam dah boleh hidang