Belum sempat jumpa anak Ernie, Anuar Zain hanya mampu tatap gambar cucu saudara. Anuar berkongsi kegembiraan melihat wajah anak Ernie dan Syamel menerusi gambar yang dikirim pasangan tersebut.
Atas faktor keselamatan dan kesihatan cucu saudaranya, Nur Khawla Soleha, Anuar lebih selesa melawat Ernie selepas selesai berpantang.
Menurut Harian Metro, Anuar berkata dia hanya melihat wajah anak pasangan tersebut menerusi gambar yang dikirimkan.
“Memandangkan negara sedang ‘berperang’ dengan Covid-19, kita harus bersikap sensitif mengenai isu ini. Mungkin selepas Ernie selesai berpantang nanti, saya akan berkunjung bagi melihat cucu saudaranya itu.
“Memang comel wajahnya, putih gube dan bermata sepet, masih kecil jadi tidak dapat dipastikan mirip wajah Syamel atau Ernie. Insya-Allah, jika diberi kesempatan nanti pasti saya akan melawat cucu saudara saya itu.
“Kita seharusnya sensitif mengenai isu ini, kadang-kadang kita tak sedar tindakan kita seperti memegang dan mencium bayi yang masih kecil itu membuatkan wajahnya naik ruam dan sebagainya,” jelasnya.
Anuar Zain yang menyertai Misi Kemanusiaan Syria Care 13.0 turut berharap orang ramai dapat membantu mengumpul kutipan sebanyak RM225,000.
“Kita harus melakukan sesuatu memandangkan mereka adalah golongan teraniaya. Doa mereka yang ditindas ini tiada hijab.
“Kami menyasarkan untuk mengutip sekitar RM225,000 untuk disumbangkan kepada misi kemanusiaan kali ini. Oleh itu, saya menyeru semua pihak untuk menghulurkan bantuan. Tidak kisah dalam apa jua bentuk.
Anuar berkata doa juga boleh dianggap sebagai sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan ditindas.
Baca Juga: Rupanya ada sebab tak boleh pakai minyak wangi semasa hiking, boleh tarik perhatian makhluk halus
Baca Juga: Benarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan dapat SPBT dan RMT