Pada minggu pertama bulan Ramadan, ramai daripada kita biasanya akan merasa lemah dan tidak bermaya kerana tubuh masih dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.
Disebabkan oleh itu, semasa waktu sahur juga ramai yang akan memasak pelbagai jenis hidangan dengan harapan agar rasa kenyang tersebut dapat ditahan sehingga waktu berbuka puasa.
Sebenarnya ada jenis makanan yang dapat memberikan tenaga lebih lama ketika bulan ramadhan ini.
Berikut adalah lima makanan yang boleh membuatkan rasa kenyang lebih lama;
1. Kentang rebus
Kentang rebus atau dipanggang adalah sumber yang kaya dengan vitamin C serta nutrisi sihat yang lain. Menurut kajian Satiety Index, kentang mendapat skor tertinggi sebanyak 323, menjadikannya makanan yang paling efektif untuk mengurangkan nafsu makan berbanding makanan lain dan lebih memberikan rasa kenyang. Oleh itu, kentang adalah pilihan yang sesuai untuk dimakan semasa sahur.
2. Oat
Serat adalah komponen makanan yang penting kerana ia membantu mengawal kadar gula dalam darah dan kolesterol. Yang paling penting, serat juga membantu mengenyangkan.
Untuk menambah keenakan semasa menikmati oat semasa sahur, cuba tambahkan madu atau buah-buahan sebagai pelengkap untuk menyedapkan lagi hidangan tersebut.
3. Susu rendah lemak
Susu rendah lemak adalah salah satu minuman yang dapat meningkatkan rasa kenyang, dan produk lain seperti yogurt turut memberikan kekeyangan yang serupa.
4. Telur
Telur adalah sumber protein, vitamin, dan mineral yang sangat baik dan juga membantu untuk membuatkan rasa kenyang lebih lama. Oleh itu, banyak orang memilih untuk mengambil telur semasa sarapan.
Satu kajian yang dilakukan oleh International Journal of Food Sciences and Nutrition pada tahun 2011 melibatkan peserta yang diberi makanan seperti telur dadar, kentang panggang, dan sandwich ayam. Selepas empat jam, peserta yang memilih telur dadar masih berasa kenyang.
5. Ikan
Ikan adalah sumber yang kaya dengan omega-3, yang merupakan jenis lemak baik untuk tubuh manusia. Omega-3 tidak hanya membantu meningkatkan rasa kenyang, tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan lain.
Ikan juga boleh dimasak dengan pelbagai cara yang menyelerakan, menjadikannya pilihan yang baik untuk menyediakan hidangan yang sihat dan lazat.
Baca juga: Jackpot! Lelaki jadi jutawan ‘express’, terpijak syiling emas berusia lebih 700 tahun di ladang