Belum tentu ‘jumpa’ lagi tahun depan, ini 20 senarai semak sepanjang Ramadan

Belum tentu kita dapat bertemu lagi Ramadan tahun depan malah untuk menempuh bulan penuh berkat mulai esok pun masih tidak pasti lagi masih dipanjangkan hayat.

Penceramah Ustaz Shamsuri Haji Ahmad berkongsikan 20 senarai semak untuk beribadah yang boleh dijadikan panduan umat Islam.

Tidaklah hanya berlapar dan dahaga sahaja seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Betapa banyak orang yang berpuasa (tetapi) tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya selain rasa lapar dan dahaga belaka.”

Selain mematuhi adab serta etika berpuasa, pastikan setiap hari kita bangun dan:

  1. Solat Tahajjud
  2. Bersahur
  3. Solat Qabliyah Subuh – 2 rakaat
  4. Solat Subuh berjamaah
  5. Baca Quran – 4 muka surat
  6. Solat Dhuha (min 2 rakaat)
  7. Solat Qabliyah Zohor – 4 rakaat
  8. Solat Zohor berjamaah
  9. Solat Ba’diyah Zohor – 4 rakaat
  10. Baca Quran – 4 muka surat
  11. Solat Qabliyah Asar – 2 rakaat
  12. Solat Asar berjamaah
  13. Baca Quran 4 muka surat @ 8 muka surat
  14. Buka puasa On time
  15. Solat Maghrib berjamaah
  16. Solat Ba’diyah Maghrib – 2 rakaat
  17. Solat Isyak berjamaah
  18. Solat Ba’diyah Isyak – 2 rakaat
  19. Solat Tarawih
  20. Baca Quran – 4 muka surat

📖 (Quran 20 muka surat = 1 Juzuk)

❗ Jaga mata
❗ Jaga mulut
❗ Jaga telinga

💰 Sedekah setiap hari RM1 @ RM5
Total sebulan Ramadhan – RM30 @ RM150

🌴 Buat KEBAIKAN sebanyak-banyaknya.

Semoga Allah menerima segala amalan kita.

BACA JUGA “Aku paranoid bila isteri makin berjaya dari aku, diam diam aku kahwin kat siam dengan janda”