Pelakon Shakilla Khoriri tampil ‘sekolahkan’ seorang individu yang mengatakan dirinya tak ubah seperti ibu tunggal apabila melakukan segala perkara dengan sendiri.
Shakilla atau nama lengkapnya Nurul Shakilla Mohd. Khoriri, 34, mendakwa dirinya selesa melakukan segalanya secara solo tanpa menyusahkan orang lain mahupun suaminya sendiri.
“Tangan itu nak kena kerat, suka-suka sahaja menaip. Awak ini macam tahu kehidupan saya cakap dulu pun sama kena buat sendiri.
“Macam inilah nak beritahu. Takut orang cakap suami baru saya tidak membantu. Jangan salah faham dengan hantaran orang.
“Kalau sesiapa kenal saya, saya manusia yang buat kerja sendiri. Bukanlah manusia atau isteri yang suka merengek minta bantuan suami macam nak mati tidak boleh buat semua,” katanya dalam sebuah video TikTok.
Selain itu, pelakon filem Adnan Semp-It itu sempat memberi nasihat kepada individu tersebut supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata negatif agar tidak diikuti anaknya.
“Saya suka buat benda itu (cuci rumah) jadi saya muat naik dalam media sosial.
Kalau saya muat naik gambar suami orang cakap saya mahu berlawan pula. Jangan macam itu.
“Kita ada anak-anak, kawallah. Saya mahu sarapan dan pergi kedai untuk cuci lantai lagi,” jelasnya.
Baca juga: Bertahun tidur asing dengan isteri, Ustaz Kazim Elias nafi tolak perubatan moden