Bengang ditendang keluar dari “group” WhatsApp geng motosikal, lelaki ini tikam rakan sekerja hingga koyak jantung

Bengang kerana telah ditendang keluar dari group WhatsApp geng motosikal lelaki ini nekad telah menikam kawan baiknya hingga jantungnya koyak.

Lelaki terbabit telah membunuh rakan sekerjanya kerana sakit hati ditendang keluar daripada kumpulan WhatsApp oleh mangsa, lapor CNN Indonesia.

Lelaki itu juga dilaporkan membawa pisau setiap hari ke mana-mana sahaja dan semalam apabila pergelutan berlaku, suspek segera mengeluarkan senjatanya dan menikam mangsa.

Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan Baleendah, Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia.

“Selepas dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp, suspek menghampiri mangsa sehingga pergelutan berlaku dan suspek mengeluarkan sebilah pisau,” kata Ketua Polis Bandung Pesuruhjaya Pol.Kusworo Wibowo

Menurut Kusworo, susulan kejadian itu, mangsa telah menerima beberapa tikaman di bahagian dada kiri sehingga menembusi jantung serta lengan dan jari.

Polis Bandung berjaya menyelesaikan kes itu dalam tempoh tujuh jam selepas suspek membunuh mangsa pada Ahad bersamaan 29 Oktober lalu.

“Berdasarkan hasil siasatan di tempat kejadian, suspek berjaya ditahan pada hari yang sama sekitar jam 23.000 WIB,” beritahu Kusworo lagi.

Hasil bedah siasat, mangsa didapati mengalami kesan luka di bahagian kiri dada yang mengakibatkan jantungnya terkoyak.

Kesan daripada koyakan itu telah menyebabkan nyawa mangsa tidak dapat diselamatkan.

“Suspek disiasat mengikut Pasal 351 ayat (3) iaitu penyiksaan hingga mangsa meninggal. Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Pasal 338 KUHP tentang pembunuhan dengan ancaman hukuman penjara sehingga 15 tahun,” akhiri Kusworo.

Baca juga: Plate kereta ‘V1’ dan ‘F1’ rupanya milik Agong ke-17 yang dipasangkan pada Proton Perdana, ramai tak tahu