Sering kali kita dengar perselisihan faham yang berlaku dengan keluarga mertua tetapi, janganlah sehingga bertindak melampaui batas. Lelaki ini telah dituduh menghisap dadah oleh keluarga mertuanya.
Akibat bengang dengan perkara tersebut, dia bertindak membakar isterinya sendiri di rumah mereka di Kampung Bharu, Manjung, Perak.
Berdasarkan kenyataan polis, pihak Ibu Pejabat Daerah Manjung telah mendapat panggilan daripada seorang wanita yang memberitahu bahawa adiknya telah membakar isterinya.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata suspek berusia 28 tahun itu telah ditangkap polis semalam kira-kira jam 11 malam di sebuah restoran di Lumut, Manjung bersama dengan bahan bukti.
Pihak hospital akan melakukan bedah siasat ke atas mayat mangsa esok untuk mengetahui punca kematiannya.
Sementara itu, suspek yang dibawa ke mahkamah harini telah dikenakan perintah reman selama 7 harini sehingga 18 Julai untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan akan dihukum mati.
Mangsa berusia 33 tahun itu telah dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia hari ini pada jam 12.20 tengah hari.
Baca juga: Total Loss! Tak sampai sehari angkat dari kedai, GTR milik Bos Muiz Chicken remuk kemalangan