Susulan kejayaan kempen Geng Subuh Macam Jumaat yang dilancarkan, Alif Satar berharap agar pencapaian tersebut tidak disalahgunakan untuk kepentingan politik oleh mana-mana pihak.
Alif,34 tahun menekankan bahawa usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kesedaran akan tanggungjawab menunaikan seruan Tuhan bukanlah untuk mencari pujian, tetapi untuk memperkuat lagi hubungan dengan-Nya.
“Benda ajak pergi sembahyang. Bukan sesuatu yang tiada orang boleh ‘claim’ (tuntut).
“Perkara ini adalah tuntutan agama yang mana wajib pergi solat.
“Terpulang kepada awak, Allah lebih mengetahui. Janji mai (datang) solat di masjid,” katanya semasa pelancaran duta Hadramawt Kitchen hari ini.
Pemilik nama lengkap Muhammad Alif Mohd. Satar itu menjelaskan bahawa masjid adalah tempat di mana komuniti berkumpul tanpa mengira agama, dan tiada sesiapa patut memandang berat fahaman politik yang dipilih setiap individu.
“Orang setuju solat Subuh di masjid. Asalkan, kita mahu kekalkan kesucian.
“Komuniti masjid adalah tempat untuk orang datang. Bukan orang Islam pun datang.
“Agama kita (Islam) agama cinta. Tiada racism (fahaman perkauman). Tidak kisah politik apa tetapi semua orang datang Subuh,” jelasnya.