Bengang nasi ayam claypot viral, Chef ini tunjuk cara tanpa ‘rice wine’ tak letak pun rasa tetap sama

Bengang dengan cara buat nasi ayam claypot yang didakwa mengandungi ‘rice wine’ seorang Chef akhirnya tunjuk cara nak buat nasi ayam claypot tanpa ‘rice wain’.

Nasi ayam claypot yang ditunjukkan oleh Chef daripada sebuah restoran yang berada di Ipoh Night Market itu tanpa menggunakan wine namua rasanya letap sama.

Dalam videonya yang disiarkan di akaun TikTok @ezzuchang dia hanya meletakkan semua bahan makanan yang halal. Ikui videonya;

Dalam pada itu premis nasi ayam claypot di Sri Petaling yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu disahkan tidak memiliki sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jakim menerusi kenyataan di Facebook berkata, pengguna Muslim dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi.

“Berdasarkan kepada semakan melalui Portal Halal Malaysia, premis tersebut bukan pemegang SPHM yang sah dan pihak Jakim tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis tersebut,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

baca juga: Ini 5 duit syiling yang paling mahal pernah dijual dalam sejarah