Seorang warga emas berusia 74 tahun telah ditangkap kerana dituduh menyerang dan mengerat telinga kiri jirannya dengan sebilah pisau, kata pihak polis Tokyo semalam, seperti yang dilaporkan oleh laman berita The Mainichi.
Junichi Takebayashi telah dituduh menyerang seorang wanita yang tinggal di sebuah unit apartmen berdekatan dengan tempat tinggalnya pada malam kelmarin.
Pihak polis menyatakan bahawa mangsa mendengar bunyi ketukan di pintu rumahnya sebelum diserang sebaik sahaja pintu dibukanya.
Telinga kanan wanita tersebut turut dikelar, dan dia telah dibawa ke sebuah hospital. Meskipun mengalami kecederaan, namun nyawanya tidak terancam.
Takebayashi mengakui melakukan serangan tersebut dan memberitahu pihak polis bahawa dia bertindak sedemikian kerana jirannya sering membuat bising.
Baca juga: Cepat ‘melting’ dengan abang duda? Awas! Cari tahu 5 perkara ini dahulu sebelum kahwin..