Ramai berang apabila ahli keluarga mereka buat tidak peduli untuk mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tetapi penghasut sendiri akhirnya berbuat demikian.
“Aku daftar sebagai KIR, tapi tiada AIR. Aku sorang-sorang je daftar sebab mak aku, adik beradik aku sokong PN.
“Lepas tu entah-entah nanti aku tak dapat subsidi bersasar tu, sebab kerajaan ingat aku bujang tiada tanggungan, memang sibat lah PN ni!” tulis @agentsquidward1 di laman X.
Reaksi berang itu selepas tular perangai jahat cytro PN yang sebelum ini gigih menghasut rakyat dengan memburuk-burukkan PADU.

Cytro pembangkang, @Solisidtor menerusi laman X memberitahu dia akhirnya membuat keputusan untuk mendaftar PADU.

Malah, katanya, dia mengajak semua ahli keluarga dan sebelah mertuanya untuk berbuat demikian.
“Mengejutkan, masih ramai yang tak daftar lagi rupanya. Tapi sebab saya ajak mereka, mereka daftar.
“Saya harap pelaksanaan pemberian subsidi ini akan adil untuk golongan M40,” tulisnya di X, pada hari terakhir pendaftaran PADU, kelmarin.
Perangai menghasut itu tetapi dia sendiri akhirnya menyahut seruan kerajaan untuk bersama-sama seramai 17.65 juta rakyat negara ini mendaftar sistem PADU mengundang kecaman.
“90% kenalan tak isi pun. Iya hasil hasutan syaitan (baca: PN).
“Yang tukang hasut pakai kereta mewah, yang termakan hasut beras nak beli pun payah.
“Nak tengok berapa ramai yang bising bila tak dapat bantuan bulanan skim PADU nanti. Mesti ramai yang bising-bising tu termakan hasutan walaun. Padahal walaun tu dah daftar PADU dan dapat bantuan,” demikian komentar warga maya.
Semalam, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memaklumkan seramai 17.65 juta membabitkan 58.7 peratus daripada rakyat negara ini mendaftar PADU
Perlis mencatatkan negeri yang paling ramai mendaftar (rakyat berusia 18 tahun dan ke atas) iaitu 66.9 peratus diikuti Kelantan (65.2 peratus), Terengganu (62.7 peratus) dan Perak (60.3 peratus).
Selain itu, negeri lain iaitu Johor mencatatkan 48.4 peratus, Kedah (58.9 peratus), Melaka (53 peratus), Negeri Sembilan (56.2 peratus), Pahang (59.7 peratus), Pulau Pinang (52.9 peratus), Selangor (44.5 peratus), Sabah (52.8 peratus) dan Sarawak (46.7 peratus).
Sementara, Kuala Lumpur merekodkan 47.6 peratus, Labuan (55.2 peratus) dan Putrajaya (56.5 peratus).
BACA JUGA “Seriuslah, pasal kotak pensel pun kena penjara 7 tahun…” – Ini penjelasan sebenar