Seorang pelancong Rusia nekad mencukur rambut tukang gunting di Pattaya, Thailand kerana tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan.
Laman berita The Pattaya Daily News melaporkan bahawa semasa kejadian tersebut, Supachai Maneecharoen sedang melakukan potongan rambut kepada pelanggan di Jomtien, baru-baru ini.
Disebabkan perbezaan bahasa, pelanggan lelaki tersebut menggunakan isyarat tangan untuk menjelaskan mengenai potongan rambut yang diinginkannya sebelum Supachai memulakan tugasnya.
Namun, pelanggan itu tidak berpuas hati dengan potongan rambut yang dihasilkan oleh lelaki tersebut.
Pelancong yang berang itu kemudiannya menarik kepala Supachai dan merampas pencukur sebelum mencukur rambut di hadapannya. Dia kemudian melarikan diri dengan menggunakan motosikal.
Supachai turut membuat laporan polis dan terpaksa membotakkan kepalanya susulan kejadian itu.
Baca juga: Gelinya! Isteri nekad saman suami malas mandi, gosok gigi hanya dua kali seminggu