Berani betul warga asing ceroboh rumah siap tarik air rumah jiran. Rumah yang tidak pernah bagi sewa kepada sesiapa sejak beli lebih 10 tahun yang lalu.
Seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumah kosong milik sahabatnya itu ‘diceroboh’ oleh sekumpulan warga asing.
Perkara tersebut didedahkan oleh pemilik Facebook yang menggunakan nama Srilabu Kedah.
Menerusi laman sosial itu, Srilabu Kedah berkata, perkara tersebut disedari apabila dia diamanahkan melihat keadaan kediaman tersebut untuk urusan jual beli.
“Baru ni ada kawan kepada sahabat aku minta tolong jualkan apartment dia di Puchong, jadi dia suruh aku uruskan jual beli semua. Pemilik kata kosong sudah lama, beberapa tahun sebab dia lebih suka duduk kawasan kampung.
Baca artikel penuh
Baru ni ada kawan kepada sahabat aku minta tolong jualkan apartment dia di Puchong. Kawan @ owner tu dok di Negeri Pantai Timur.
Jadi dia suruh aku uruskan jual beli semua. Ok lah sebab, Puchong dengab Seremban 2 tak la jauh mana. Boleh la tolong uruskan A to Z. Jadi owner tu poskan kunci pada sahabat aku tu, dan sahabat tu pass kunci kat aku.
Aku tanya rumah siapa dok? Owner kata kosong dah beberapa tahun. Dari beli tak duduk, sebab dia lebih suka dok area kampung. Aku pun pi lah nak tengok condition rumah lagu mana.
Bila sampai aku tengok ada orang dalam rumah. Aku pun call kawan owner tu sekali lagi nak confirm betul2 “betul ka rumah ni kosong?”. Aku pun cakap kat dia “ada orang dok rumah ni warga asing!”.
Kawan owner dan owner pun terkejut. Sebab dia tak pernah bagi sewa kepada sesiapa sejak beli lebih 10 tahun yang lalu.
Warga asing ni tak reti cakap melayu dan cakap English. Aku nak speaking bahasa depa pun tak reti. Dalam hati aku kata
‘BERANI betul depa ni. Ceroboh masuk rumah orang macam tu. Kita warga sendiri pun tak berani buat lagu tu. Depa berani2 masuk dok rumah orang buat dek saja. Air depa tarik dari rumah sebelah. Elektrik pula tak tau depa sambung lagu mana.
Cakap dengan supervisor warga asing tu, sorang bangla dia kata depa dok lama dah tak bayar sewa dan tiada orang kacau depa sebelum ini. So depa pula minta bukti dari owner yang nyatakan dia tu “OWNER” yang betul. Ohh apa sudah jadi Malaysiaku
Aku dah suruh owner buat report polis dan akan aku akan report juga ke pihak Immigration.
Hampa boleh share dan make people alert, tambah2 owner yang ada rumah tapi tak dok.
Baca juga: ‘Tergamak santau adik sekarang perut membusung sampai nak bercerai berai, sumpah aku takut’