Orang ramai mengkritik tindakan seorang lelaki ini yang dianggap berani mati lalu ikut laluan jalan mendap di lokasi nahas wanita india jatuh minggu lepas.
Laluan itu dianggap berisiko bagi orang ramai kerana selepas kejadian tanah jerlus di Masjid India pada 23 Ogos lalu, ramai mula rasa panik untuk ke kawasan tersebut. Namun, bagi penduduk setempat, isu tanah mendap ini nampaknya dianggap perkara biasa.
Baru-baru ini, sebuah video di TikTok menunjukkan seorang ‘Pakcik’ dengan selamba berjalan di kawasan yang sudah dilarang.
Dalam video itu, kawasan tersebut telah ditutup oleh pihak polis kerana tanah mendap dan orang awam diminta berhati-hati.
Walaupun begitu, lelaki dalam video tersebut dilihat selamba memijak tanah yang mendap seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kesal dengan sikap lelaki tersebut yang dianggap memandang ringan isu keselamatan.
Baca: Bukan hanya hidung, terkejut tahu Zarina Anjoulie pernah buat pembedahan bahagian ini