Ada keluarga yang dididik dengan cara yang sangat berlainan dan perlu diikuti kerana mereka telah dibesarkan sebegitu rupa.
Namun, andai ada ahli keluarga baru yang berlainan didikan perlulah kita hormati kerana semua orang dibesarkan dengan cara yang berlainan.
Ibaratnya dibesarkan dengan acuan yang berbeza dan jika dipaksa mengikut acuan yang sama, pasti akan timbul masalah di kemudian hari.
Assalamualaikum semua. Sebagai intro, saya baru sahaja mendirikan rumahtangga selama 3 bulan dan tinggal bersama mertua. Keputvsan tinggal bersama mertua ni bukan sebab tak mampu, tapi ayah dengan mak mertua kalau boleh nak anak lelaki mereka tinggal di rumah menemani mereka di usia senja.
Kebetulan, sebelum kahwin, suami memang tinggal bersama mereka dan suami satu-satunya anak lelaki, lagi 3 orang kakak dan adik perempuan suami sudah berkahwin dan duduk tempat lain. Rumah mereka boleh tahan luas, dan hanya ada ayah dan mak mertua.
So, masa suami cakap nak stay dngn ayah dan mak dia, saya cakap saya akan ikut keputvsan dia. Masa sebelum kahwin, suami ada bagi hint sikit-sikit mak dia ni macam mana, tapi mungkin masa sebelum kahwin suami tengok saya dan mak dia boleh get along well.
Tapi tu cerita sebelum kahwin la, huhuhu. Jadi bila saya masuk ke rumah ni, saya pun selalu la bantu mak mertua memasak. Tapi kita kan kerja, sampai rumah dah nak dekat pukul 8 pm sebab faktor jarak tempat kerja dalam 40km dari rumah.
So makanan dah siap atas meja, so saya tolong kemas dapur kemudian. Ada hari yang kalau mak mertua tak masak (hari kerja), saya dah suami makan kat luar or saya masak simple – simple bila balik rumah, contohnya ayam goreng kicap + telur + sayur goreng. Or kadang-kadang masak ramen sebab suami suka makan ramen.
Masalah saya kat sini, mak mertua saya ni dia ada high expectation. Contoh, kalau saya basuh baju, dia cakap cara saya basuh baju salah. Bagi dia, baju kerja, baju pakai hari- hari, telekung solat / kain sarung, towel, cadar, baju putih, underwear semua ni kena basuh asing asing (different load).
Baju putih, kena rendam soda and berus dulu dengan tangan. Akhirnya, saya terp4ksa basuh baju sampai 6-7 kali seminggu. Saya faham kalau dia perfectionist dan nak yang terbaik, tapi kita ni penat bekerja. Satu lagi, setiap kali saya masuk dapur, semua yang saya buat salah.
Cara saya masak nasi salah, tak boleh terus basuh beras dalam periuk nasi (nanti scratch), kena basuh besen asing, basuh sampai beras tu betul-betul jernih air (dah 10 min), baru boleh masak pakai air mineral. Kalau beli ayam ke atau daging, tak boleh beli supermarket, kena beli tempat yang kita kenal je sebab tak tahu sembelih macam mane.
Ayam dan daging kena rendam dalam gandum 2 jam dulu, ikan kena basuh dengan garam dan asam dulu. Lesung batu kena balut dengan plastik lepas guna. Pisau lepas guna kena sorok. Pinggan dan bekas kena ikut susunan.
Pinggan makan tak boleh guna untuk letak lauk apatah lagi ayam yang baru dipotong.
Bekas letak sayur, letak makanan basah lain-lain. Kalau lepas makan, makanan dan nasi kena salin ke bekas lain sebelum masuk peti sejuk, dan makanan yang dah terhidang dengan yang masih belum usik (dalam kuali) kena letak 2 bekas asing walaupun benda sama.
Kalau lepas makan, bila saya kemas mesti dia akan berus balik meja makan bagi bersih. Saya ni sebelum kahwin, elok je terer masak. Lepas kahwin, nak masuk dapur masuk pun fikir banyak kali takut rosak periuk kuali mak mertua, sebab dia nak masak apa-apa, kena pakai pan lain-lain.
Akhirnya, untuk elakkan unrequired comment dari mak mertua (cara tumis salah, cara potong sayur salah), saya akan masak makanan western je supaya dia tak boleh nak comment sangat. Mak mertua saya ni bagusnya dia, dalam apa-apa yang dia buat, dia akan buat yang terbaik.
Contoh, masak bihun je, tapi dia akan make sure dia buat yang terbaik. Bihun tu kena letak udang, sayur kena 3 jenis, tauge kena ada, telur hiris, daun bawang dan sup, lada merah dan bawang goreng semua kena tabur. Dia tak akan masak bihun kosong.
Bukan sekadar bihun, apa-apa masakan yang dia masak, contoh kalau curry / asam pedas kena letak bendi, nasi arab tak boleh pakai beras biasa, kena beras basmathi je, kalau takde tak boleh. Dan dia tak kan masak 1 jenis lauk, at least lauk utama 2-3 hidangan tak termasuk sayur, ulam dan buah-buahan yang wajib hidang.
Masalahnya, saya pergi bekerja dah macam-macam procedure nak follow, balik rumah nak masak pun kena kena follow macam -macam peraturan lagi. Saya balik rumah nak masak for fun, kita baru kahwin nak ber eksperimen lagi, dah kena follow high standard regulation macam ni.
Jujurnya, saya bukan malas masak, saya str3ss. Bila saya gosok baju anak lelaki dia, dia cakap saya gosok berkedut. Kena guna starch dulu. Baju nak pakai hari jumaat pun kena gosok. Cara saya lipat spender salah, cara saya susun barang pun salah.
Saya ni nak melawan tak berani pulak. Kita faham kita duduk rumah orang, masuk dapur orang kena ikut peraturan orang. So saya end up cakap ‘baik mak’ je. Tapi baru – baru ni saya jadi emotional breakdown tiba-tiba, menangis takde sebab sampai suami pun terk3jut.
Saya nak cerita kat suami pun mak dia tak buat salah apa pun, bukan kena d3ra pun, so tak tahu nak cakap macam mana. Lagipun suami tak suka perempuan yang suka complain, nanti dia akan cakap kita fikir negative dan suruh jangan layan perasaan tu.
Lagipun saya perasan suami saya dengan mak dia ni ada persamaan, cuma mungkin dia lelaki jadi dia tak vokal sangat. Tapi ada juga lah yang dia terkomplen contohnya tak boleh kumur kat sink basuh pinggan (kena kumur dalam bilik air sebab itu tempat basuh pinggan tak elok kena air liur),
Mandi kena berus badan, tak boleh sabun je, gosok gigi kena pakai floss and mouthwash, pakai baju and tudung kena matchy etc. Anehnya, bila saya tegur dia selalu solat hujung waktu, pandai pula dia kecil hati. Ingat kan teguran goes both way.
Saya ni membesar tanpa ibu. Umur 12 tahun mak meninggal. Lepas tu masuk asrama, sampai belajar apa semua, duduk rumah sewa, saya mengaku saya bukan jenis orang yang proper. Asalkan benda tu tak create prob, saya tak follow sangat rules especially kat rumah where we should feel comfortable.
Contohnya, tak basuh ayam dengan gandum atau tanak nasi pakai air paip, rasanya tak m4ti keracunan makanan anak dia kalau saya tak masak macam tu. Nak cakap didikan tak juga, sebab saya tengok ada kakak saya yang jenis proper dan ada yang tak.
Jadi, mungkin sebab kami diberi kebebasan, kami follow incline nature masing-masing. Entah la, kadang-kadang rasa menyesal pula kahwin. Dulu elok je hidup saya, nak main phone ke, tengok netflix sampai 3 pagi ke, nak masak pukul berapa ke, nak tapau luar hari – hari, nak bangun tengah hari ke, nak balik kampung ke takde masalah.
Gaji pun alhamdulillah kalau nak beli rumah apartment 400k tu lepas je, tapi suami suruh tunggu nak beli rumah teres join loan dengan dia. Pokoknya, hidup saya okay je sebelum ni kalau tak kahwin pun. Saya jadi rindu zaman bujang. Tolong saya!!! – Orange (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Ikat anak sebab nakal di tiang, ibu bapa budak ini selamba sambung makan dalam kedai