Berbulan hilang! Ira Kazar kongsi gambar dengan budak kecil tarik perhatian netizen

Rasanya boleh dikatakan sudah lama nama isteri kepada pengarah hebat, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar tidak diperkatakan oleh netizen.

Baru-baru ini, isteri kepada pengarah tersebut ada berkongsikan gambar bersama anak kecil yang dipaparkan di dalam media sosialnya.

Perkongsiannya itu menimbulkan persoalan kerana sebelum ini dia dikatakan sedang hamil anak pertama.

Gambar yang dikongsikan turut ditambahkan dengan emoji hati dan Ira juga dilihat sebagai berisi daripada sebelumnya.

Sekadar info, Ira Kazar dan Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada Januari tahun lalu.

Baca juga: Kajian USIM tunjuk 54 hadis bermasalah yang dibaca Don Daniyal dalam satu rancangan