Bercerai selepas 20 tahun, wanita baru tersedar bekas suami rupanya seorang jutawan

Seorang wanita di Shanghai hanya mengetahui bahawa bekas suaminya adalah seorang jutawan yang telah menyembunyikan harta pencariannya sebanyak 100 juta yuan (RM64 juta) selama 20 tahun untuk menghindari tuntutan penyelesaian perceraian.

Yu Hong, yang menggunakan nama samaran menyatakan kehairanannya setelah dimaklumkan oleh mahkamah bahawa bekas suaminya memiliki 18 hartanah komersial dan secara rahsia merupakan seorang jutawan.

Selama 20 tahun perkahwinan mereka, dia mendakwa telah menjadi suri rumah sepenuh masa manakala bekas suaminya pula merupakan ahli perniagaan.

Apabila Hong meminta cerai buat kali kedua enam bulan selepas permohonan pertamanya, dia turut membongkar rahsia bekas suaminya dan mahkamah membenarkan perceraian mereka.

Semasa proses perceraian mereka, Qin telah menyerahkan semua asetnya kepada seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang terdahulu. Ia bertujuan untuk menyembunyikannya daripada Hong. 

Namun semasa dalam proses penceraian, Qin telah menyembunyikan hartanya dengan memindahkan segala aset kepada anak perempuannya hasil dari perkahwinan terdahulu.

Hasilnya, Hong langsung tidak tahu menahu tentang harta yang disembunyikan.

Di mahkamah, Qin menyatakan bahawa dia melakukan itu kerana Hong tidak memberikan sumbangan apa-apa kepada kekayaannya.

Menjawab hujah tersebut, mahkamah memutuskan bahawa pemberian harta oleh jutawan tersebut kepada anak perempuannya adalah perbuatan yang tidak sah. Pihak mahkamah mengarahkan wanita itu untuk mengembalikan aset tersebut kepada Qin untuk dikongsi bersama bekas isterinya.

Baca juga: “Masa anak meninggal suami boleh buat taktahu, lagi sakit jiwa bila tahu dia ada skandal dengan kawan baik aku”