Berdepan pengalaman menakutkan, lelaki ini terjumpa labah-labah gergasi spesies berbisa bersama ribuan labah-labah kecil

Antara perkara yang paling menakutkan berlaku di bilik tidur adalah menemui haiwan berbisa menceroboh masuk ke dalam bilik rumah kita.

Itulah situasi yang dialami oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Gil Wizen, seorang jurufoto yang tinggal di Napo, Ecuador ketika itu.

Pada mulanya, Gil ternampak beberapa ekor labah-labah kecil muncul dari bawah katil di biliknya. Dia kemudian memeriksa bawah katilnya dan terperanjat besar apabila mendapati ratusan atau ribuan labah-labah kecil berada di bawah katilnya. Namun, apa yang lagi memeranjatkannya adalah terdapat seekor labah-labah besar turut berada disitu.

Laba-labah besar itu merupakan labah-labah spesis ‘Brazilian wandering spider’ yang merupakan salah satu labah-labah paling berbisa di dunia ini.

“Bukan sahaja beribu labah-labah kecil berada di bawah katil, tetapi disebelah mereka juga ada seekor labah-labah bukan dari spesies tarantula yang paling besar pernah saya temui.”

Menurut Gil Wizen, saiz labah-labah besar itu adalah kira-kira 45 milimeter dan jika kaki panjangnya terbuka, ianya memang besar daripada tapak tangannya.

Gil Wizen yang merupakan seorang jurufoto tidak melepaskan peluang itu untuk menangkap gambar labah-labah berbisa tersebut.

Foto ‘rare’ yang diambilnya pada tahun 2014 itu kemudiannya telah berjaya membuatkan dirinya memenangi anugerah Photographer of the Year dari Urban Wildlife baru-baru ini.

Menurut Live Science, ‘Brazilian wandering spider’ juga dikenali sebagai ‘armed spiders’ dan juga labah-labah pisang dan tergolong dalam genus Phoneutria yang bermakna ‘pembunuh’ dalam bahasa Yunani.

Gigitan labah-labah ini juga boleh membawa maut kepada manusia terutamanya kanak-kanak dan seperti kebanyakkan spesis labah-labah yang lain, saiz labah-labah betina untuk spesis ini juga adalah lebih besar daripada labah-labah jantan.

Baca juga: Muncul selepas 28 tahun, kewujudan villa misteri tepi pantai gemparkan penduduk setempat