Berdiri tegak sebaik sahaja mendengar alunan al-Quran dari surau berhampiran rumahnya, seorang wanita India meraih perhatian ramai dengan kelakuan itu.
Video yang turut dikongsikan HezzaRoslan di TikTok, wanita tersebut bagaikan terpegun apabila mendengar bacaan al-Quran seolah-olah dia menghayati alunan tersebut.
Ibunya mengagumi surah yang dibacakan oleh surau berhampiran rumahnya bahkan terkedu dengar sampai berdiri tegak, tak bergerak di situ.
Bila kawan saya tanya bila nak masak?
Tak memasal kena marah dia kata kena hormat orang sembahyang, makan saja tahu.
Mari kita sama-sama belajar menghormati budaya dan kepercayaan masing-masing, menurut tulisannya pada kapsyen video yang dikongsikan itu.
Hantaran tersebut mendapat pelbagai respons orang ramai, malah ada juga dalam kalangan mereka berkongsikan pengalaman hampir serupa.
“Kat tempat aku depan masjid ada perkampungan orang Cina. Orang-orang Cina kat situ bangun pagi berdasarkan azan subuh. Dia orang tak kunci jam,” kongsi YattNordin.
“Sama mak angkat saya. Kalau azan dia mesti tutup televisyen dan kalau anak-anak bercakap dia suruh diam,” kata seorang lagi pengguna.
“Kesimpulannya, alunan ayat-ayat suci al-Quran memang tenangkn hati dan jiwa, amat syahdu. Aunty terbaik, rujuk terjemahannya, amat indah,” ujar Si.
Perkongsian tersebut menerima hampir 120,000 jumlah tontonan dengan 263 komen.
Baca juga: Makcik kedai tak puas hati lapor pejabat agama, akhirnya kantoi mereka berdua dah kahwin