Berita mengenai beregu lelaki negara Goh Sze Fei / Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang memutuskan ingin keluar dari pasukan kebangsaan ternyata membuat ramai terkejut.
Ini berikutan selepas Lee Zii Jia, ada juga pemain yang mahu meneruskan kerjaya mereka sebagai pemain professional setelah mendapat tunjuk ajar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky ketika dihubungi berkata beliau akan menjelaskan ketika sidang media khas bedah siasat skuad negara di Olimpik yang dijadualkan hari ini.
“Saya belum boleh komen setakat ini lah, kerana nanti saya harus menunggu apa-apa dari pengurusan serta perbincangan lain,” jawab Rexy hari ini.
Sze Fei/ Nur Izuddin pernah berpisah pada Januari 2023 sebelum kembali bergandingan enam bulan kemudian.
Baca juga: Atlet angkat berat ‘kantoi’ sedut bahan terlarang, rupanya ramai taktahu fungsinya