“Berhenti kerja sebab nak tolong company ayah, aku kena sihir sampai tak boleh bangun sebab adik beradik dengki pasal harta”

Pastinya setiap anak mahu buat yang terbaik kepada ibu bapanya sebagai balasan kerana telah menjaga sedari kecil lagi.

Namun, seringkali anak yang berniat begini pasti diuji dengan kedua ibu bapanya yang mempunyai masalah seperti berat sebelah dan tidak adil kepada anak-anak.

Tular kisah wanita ini yang sehabis baik ingin memberikan yang terbaik kepada kedua ibu bapanya namun tidak diendahkan malah dipergunakan.

Di dunia ini tidak ada yang benar benar menjadi milikmu, bahkan ud4ra yang kau hirup pun harus kau hembuskan kembali. Pengalaman aku sebagai seorang anak perempuan tunggal dilahirkan dalam keluarga yang memiliki sikap pilih kasih.

Ya, aku tak pernah dimanjakan oleh ibu bapa sendiri. Selepas aku tamat SPM, aku dapat tawaran memasuki IPTS dalam bidang undang-undang. Kehidupan aku sebagai seorang pelajar tidak semewah orang lain. Aku buat kerja sambilan sedangkan mak ayah aku orang yang berada tapi seringkali habiskan duit untuk anak-anak lelaki dan menantu kesayangan mereka.

Ya selepas habis pengajian diploma, aku dapat tawaran bekerja dalam kerajaan. Alhamdulillah aku lulus temuduga SPA. Aku bangga berjaya dapat tempat dalam perkhidmatan kerajaan. Tapi ahli keluarga aku langsung tak bagi kata-kata yang indah sepanjang pencapaian aku dalam bidang yang aku berkhidmat.

Seringkali direndahkan oleh mereka sebab gaji aku tak tinggi. Aku bertemu jodoh dengan seorang duda. Tapi jodoh kami tidak panjang kerana bekas suami aku mencintai kaum sesama jenisnya. Dan aku memiliki seorang anak lelaki.

Dan anak lelaki aku berada di bawah jagaan ibu bapa aku kerana mereka sendiri yang meminta untuk aku tinggalkan dia di kampung. Ya anak aku dah besar sekarang. Berusia 10 tahun. Tapi sayang seribu kali sayang, anak aku tiada rasa kasih kat aku sebagai seorang ibu yang melahirkannya kerana dibesarkan dalam rumah yang mewah dan apa saja permintaan akan dituruti oleh ibu bapa aku.

Selang beberapa tahun berkhidmat dalam kerajaan, bapa aku meminta aku untuk menguruskan syarik3t beliau sebagai pengurus. Katanya nanti kalau aku berjaya bangunkan semula perniagaan yang sudah dimusn4hkan oleh abang aku dan isterinya, ayah aku bagi sepenuhnya kuasa vito untuk aku uruskan perniagaanya sebagai pemilik.

Ini sebagai jaminan masa depan aku setelah aku berhenti berkhidmat dalam kerajaan. Ya aku korbankan masa depan aku disebabkan rasa kasih aku terhadap ibu bapa dan anak lelaki aku. Aku ingatkan bila aku ada dengan mereka, kasih sayang akan mekar dan mesra macam keluarga lain.

Alhamdulillah aku bertemu jodoh dengan seorang anggota unit beruniform yang berasal dari selatan tanah air. Ibu bapa aku meminta suami aku untuk tukar tempat kerja di utara dan tinggal serumah bersama mereka atas alasan mudah untuk aku bekerja dengan bapa aku.

Ya suami aku hormat permintaan mereka dan berjaya ditukarkan ke kampung halaman aku. Perkahwinan kami dikurniakan 2 orang anak. Alhamdulillah pada awalnya ibu bapa aku sayang pada anak-anak aku. Tapi selang beberapa tahun perniagaan mereka dah maju, duit syarik4t banyak dibelanjakan oleh ibu aku dan adik-adik lelaki aku.

Ibu aku banyak habiskan duit syarik4t membeli emas dan seringkali mengirimkan duit untuk adik beradiknya di kampung. Bapa aku pula habiskan duit untuk besarkan rumah agamnya agar kelihatan lagi cantik dan mendapat pujian kawan-kawan.

Aku hanya bekerja untuk kesenangan mereka satu rumah. Syarik4t bapa aku dulu dah tak ada apa untung yang tinggal disebabkan anak lelaki kesayangan dan menantunya telah pecah amanah.

Sepanjang aku uruskan perniagaan, kerap kali aku s4kit disih1r selama 6 bulan tak mampu untuk makan dan bangun sendiri.

S4kitnya dalam perut aku macam dih1ris dengan pis4u yang t4jam dan rasanya pedih seolah-olah luka tu disimbah dengan cuka. Terlalu s4kit dah tak berdaya sangat-sangat hingga aku rasa nak bvnvh diri. Aku berubat secara tradisional selama berbulan-bulan untuk sembuh.

Berulang kali benda halus tu menjelma dan aku hist3ria dan benda halus tu berkomunikasi dengan perawat yang bantu untuk sembuhkan aku. Aku penat dengan d3ndam manusia dan tipu daya sy4itan.

Semuanya berpunca dari kes rebut harta di kalangan adik beradik lelaki aku dan isteri mereka.

Mereka dambakan perniagaan bapa aku agar menjadi milik mereka setelah aku berhempas pulas majukan kembali syarik4t tersebut. Ibu bapa aku tidak percaya kepada alam mistik dan wujudnya ilmu sih 1r di kalangan orang yang jahil agama.

Mereka tiada rasa belas kasihan kat aku disebabkan perbuatan menantu perempuan mereka. Aku redha dengan ujian dari Allah. Suami aku tak sanggup tengok aku kerap s4kit dan bercadang untuk membawa aku dan anak-anak keluar dari rumah tersebut dan mula hidup baru.

Selama 10 tahun majukan perniagaan bapa tapi sampai ke harini dia mungkir janji untuk tukar nama aku sebagai share holder dalam syarik4t. Aku habis berpuluh ribu duit simpanan aku setiap kali dia minta aku rolling modal dalam syarik4tnya.

Ke sana ke sini aku wakili nama bapa aku hadiri meeting dan aku tebalkan muka aku setiap kali kawan- kawan bapa aku kerap tanya bila lagi nak hadiri meeting atas nama sendiri? Aku penat diajukan soalan tu selama 10 tahun.

Ibu bapa aku kerap p4ksa aku untuk berbaik dengan adik beradik lelaki dan menantu perempuan mereka yang dari dulu bencikan aku. Setiap hari aku dan suami dip4ksa untuk bermuka – muka berlakon setiap kali mereka datang rumah.

Aku tahu apa yang mereka buat di belakang aku. Dih1na dan dim4ki oleh adik beradik sendiri dari zaman aku bergelar janda. Mereka tak pernah tolong aku satu sen pun dikala aku susah dan tiada pendapat tetap. Penghujung tahun 2022, ibu aku telah menjalani pembedahan batu karang.

Oleh kerana ibu aku tiada insurans dan dimasukkan ke hospital swasta, bapa aku minta untuk pinjam duit aku sebanyak RM10 ribu untuk proses admission pada hari yang sama. Sehari sebelum ibu aku admit, aku telah keluarkan duit dividen asb yang aku tak pernah guna lagi.

Ibu aku dah sihat sepenuhnya dan aku menantikan mereka untuk memulangkan semula duit saving aku. Aku dah pernah suarakan hasrat aku untuk dapatkan kembali duit tersebut dan bapa aku mula naik angin dan sumpah seranah aku di hadapan suami dan ibu aku. Tegarnya kau ibuku.

Sanggup biarkan bapa aku hina m4ki anak mu sendiri disebabkan aku hanya minta hak aku kembali. Aku dah penat minta hutang dari ibu bapa sendiri. Dan aku redha duit saving aku dah lesap sekelip mata disebabkan aku terlalu baik hati.

Sampai satu tahap bila suami aku nampak sendiri bagaimana isterinya dipergunakan oleh ibu bapa sendiri untuk kepentingan peribadi dan asbab majukan perniagaan bapa aku, suami aku telah membawa aku dan anak-anak pindah jauh tanpa pengetahuan siapa pun.

Ya, aku teruk mengalami depr3ssion hingga tahap nak ced3rakan diri sendiri dan anak-anak. Aku berhenti kerja dan tak dapat satu sen pun gaji dari bulan terakhir aku berkhidmat dengan bapa aku. Hati aku luluh dan berkecai bila aku dan suami buka mulut untuk pindah keluar dari rumah tersebut, pelbagai kata-kata h1naan dan macian keluar dari mulut mereka berdua.

Sungguh aku tak sangka begitu sekali sikap ibu bapa aku terhadap anak perempuan sendiri. Aku redha walaupun ibu bapa aku fitnah macam-macam kat aku. Hanya Allah mengetahui segalanya. Mereka fitnah aku habiskan duit syarik4t sedangkan mereka berdua tahu yang duit tu banyak dihabiskan oleh anak-anak lelaki mereka dan ibu sendiri tahu duit syarik4t bapa, dia habiskan beli emas perhiasan berkilo – kilo.

Bapa aku tak tahu isterinya simpan duit cash berpuluh ribu dan barang kemas berkilo – kilo anggarannya dalam rumah tersebut. Hanya aku saja yang tahu sebab ibu aku setiap tahun minta aku bayarkan zakat emasnya.

Hubungan ibu bapa aku selama 40 tahun berkahwin tiada kejujuran disebabkan ibu aku banyak habiskan duit syarik4t untuk kepentingan peribadinya sendiri tanpa pengetahuan bapa aku. Kata ibu aku, duit – duit dan barang kemas yang dia simpan semua tu nanti untuk anak-anak lelakinya.

Dan adik lelaki aku yang bongsu baru tamat pengajian bakal kahwin dengan pelajar IPTA yang masih lagi dalam menuntut ilmu. Mereka berdua tiada pekerjaan tetap. Wang hantaran dan majlis besar besaran ibu bapa aku yang akan keluarkan untuk adik aku.

Dan ibu bapa aku lah yang akan fully support setiap bulan duit belanja mereka selepas kahwin nanti. Sampai bila aku kena bertahan dalam family yang toxic macam ni? Sampai aku tua dan terus dipergunakan oleh mereka?

Keputusan paling tepat saat ni aku buat adalah keluar dari rumah tersebut dan buat hidup baru bersama suami dan anak-anak aku. Walaupun duit satu sen pun ibu bapa aku tak bagi untuk aku mulakan hidup baru, aku tahu rezeki dari Allah SWT tu sangat luas dan melimpah ruah.

Aku padam identiti aku sebagai anak mereka dalam media sosial dan hingga ke saat ni, tiada siapa pun tahu apa perkembangan terkini hidup aku dan lokasi tempat tinggal kami. Bagi aku, harga ketenangan minda dan hati tidak dapat dinilai dengan wang ringgit, status sebagai anak orang kaya dan tinggal di rumah besar tapi realitinya aku hidup tak semewah dan bahagia macam anak-anak orang berada yang lain.

Aku tak pernah habiskan duit travel sana sini, beli barang-barang berjenama dan makan di restoren mewah. Sebab bagi aku, dari kecil dulu lagi ibu bapa aku tak pernah bagi aku semua tu. Sebab tu aku boleh hidup dalam keadaan sederhana yang ada tempat berteduh dan cukup makan untuk kami anak beranak. Alhamdulillah.

Nasihat aku kepada semua, tolong jangan korbankan kerjaya tetap semata-mata nak tolong ibu bapa yang ada perniagaan mereka sendiri. Sebab semua tu tak ada jaminan yang ibu bapa kita akan serahkan pernigaan tu untuk kita selagi kita ada adik beradik lelaki dan ipar duai yang selalu hasut ibu bapa bencikan anak perempuan sendiri.

Kalau boleh kalau dah berkahwin, cuba elakan bawa pasangan kita tinggal dengan ibu bapa sendiri. Hidup kita suami isteri kita bdua yang tentukan dan ibu bapa tiada hak untuk kawal dan tentukan apa yang boleh dan apa yang tak boleh.

Baca juga: “Kawan pinjam duit untuk downpayment Bezza sebab isteri mengidam, last-last hutang tak bayar tapi asyik up status tayang kereta dalam FB”