Kaitkan Dr Hafidzah dengan Syamsiah Fakeh PKM, ‘walaun Pas’ bakal diseret ke mahkamah

Peguam Kanun Amanah Kelantan Hisham Fauzi memberi kata dua kepada salah seorang pengguna Facebook yang memfitnah Dr Hafidzah Mustakim yang disamakan dengan Syamsiah Fakeh dari Parti Komunis Malaya (PKM).

Beliau berkata orang itu yang menggunakan Facebook atas nama Zamri Mohd Noor mahu tarik balik atau mohon maaf serta-merta kepada Parti Amanah Negera.

Ataupun beliau diheret sama-sama ke mahkamah.

Dalam pada itu, dalam kenyataannya Zamri menuduh Dr Hafidzah merupakan calon tajaan DAP malah kemenangan beliau kerana kealpaan pengundi Melayu.

“Adakah kerana kealpaan pengundi Melayu dan kesungguhan pengundi Cina, bayangkan Syamsiah Fakeh dari PKM tajaan DAP telah bertapak di Kelantan …benarjah begitu?” kata Zamri di facebooknya.

Baca juga: Duduk pangsapuri jiwa banglo-Bina bangsal parkir muat 2 buah kereta siap padlock, penduduk pangsapuri dikecam