Berita baik, Kerajaan tetapkan harga Kit Ujian Covid-19 kini hanya RM19.90 sahaja

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga kawalan kit ujian kendiri COVID-19 pada harga RM19.90, berkuat kuasa Ahad ini.

Menerusi kenyataan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, harga borong kit ujian pula dijual pada harga maksimum RM16.

“Permintaan terhadap kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) dijangka meningkat susulan kesedaran orang ramai bagi membuat ujian sendiri bagi memastikan diri bebas daripada wabak COVID-19.

Baca Artikel Penuh