Berlaku insiden mistik ketika persandingan Datuk Fazley Yaakob dan isteri Datin Azrene Ahmad. Fazley dan isteri pernah berhadapan dengan kejadian-kejadian aneh yang berlaku sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Bercerita ketika menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17 baru-baru ini, menurutnya semua kereta-kereta tetamu di toreh tajam dengan pisau dan batu kerana menghadiri majlis kami.
Masih teringat semua kereta-kereta tetamu di toreh tajam dengan pisau dan batu kerana menghadiri majlis kami.
Bagaimanapun, Fazley bersyukur kerana majlis tetap berjalan walaupun pelbagai rintangan terpaksa dihadapi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Fazley berkongsi beberapa keping foto pada hari persandingannya yang diadakan di Negeri Sembilan.
Perkahwinan yang dibina telah dikurniakan empat orang anak, dan melalui pelbagai liku-liku pedih, perit dan seksa dari awal perkahwinan sebelum mampu tiba ke 7 November 2023.
Pelbagai lagi perkara mistik yang turut kami tempuhi ketika itu, syukur pada Allah, semua yang cuba di gagalkan, Allah tetap merahmati dan mengizinkan berlangsungnya majlis kami.
Sementara itu, Fazley juga sangat menghargai isterinya yang selalu berada di sisi dan sentiasa sabar menjalani kehidupan bersama.
Terima kasih adik sayang kerana menjadi sahabat baik saya, pasangan yang sentiasa memahami saya dan ibu kepada anak-anak kita. Selamat ulang tahun ke-17 dan selamat mendaki di Everest Camp. Saya dan anak-anak menunggu kepulangan awak.
Untuk info, Fazley dan Azren telah mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.
Baca juga: Janna Nick dapat pujian melambung dari Ustazah Asma’ Harun