Bermula hari ini orang ramai tak perlu jalani ujian teori kali kedua untuk mohon lesen

Individu yang telah mempunyai lesen memandu kereta atau motosikal tidak perlu jalani ujian teori kali kedua untuk memohon lesen dalam kelas berlainan.

Perkara itu akan berkuat kuasa pada hari ini iaitu 15 September 2023, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Dalam pada itu videa TikTok @dnazmas turut menerangkan perkara yang sama di mana bermula hari ini bagi mereka nak tambah kelas bagi yang ada lesen kereta atau motosikal tidak perlu lagi mengikuti ujian teori kali kedua.

Ikuti video ini;

Menurut Loke, seseorang yang sudah lulus ujian Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) dalam lesen memandu motosikal tidak perlu menduduki KPP01 untuk kali kedua apabila mengambil lesen memandu kereta.

Calon, bagaimanapun, masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian praktikal di litar dan praktikal di jalan raya secara berasingan apabila mengambil lesen memandu motosikal dan kereta, katanya.

“Umum mengetahui bahawa dalam kalangan rakyat Malaysia kebanyakannya mengambil lesen bagi motosikal dan kereta. Jadi kita gabungkan kelas teori dan ujian tersebut kerana tak perlu duduk dua kali,” katanya dalam sidang media, di sini. hari ini.

Loke berkata kaedah penggabungan itu pernah diamalkan di Malaysia sebelum ini sebelum ia diubah pada satu ketika, serta menambah sistem itu tidak akan menjejaskan tahap kekompetenan pemandu.

“Kita bawa balik sistem itu (sistem lama) gabungkan untuk mudahkan pemohon,” katanya ia memudahkan cara pengambilan lesen memandu serta menjimatkan masa dan kos sehingga RM100 bagi pemohon lesen.

Baca juga: Gara-gara kaki judi, culik cucu 4 tahun pulang dari sekolah ‘call’ ibunya minta wang tebusan