Berpakaian hampir mendedahkan payudara, Jasmine Suraya Chin lakukan demi kerjaya

Berpakaian hampir mendedahkan payudara, Jasmine Suraya Chin lakukan demi kerjaya. Pelakon berusia 32 tahun itu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya memakai dress hitam.

Menurut Harian Metro, mengulas mengenai isu dirinya dikecam atau dikutuk kerana berpakaian seksi, Jasmine berkata ianya perkara biasa buat dirinya.

Pelakon yang memegang watak Lily dalam filem PASKAL mempertahankan tindakannya itu, dia berkata pakaian itu hanya dikenakan semasa dia memperaga produk jenama antarabangsa.

“Itu dah selalu berlaku. Setakat orang kutuk atau kecam, ia perkara biasa buat saya. Sebenarnya pakaian ini rekaan pereka fesyen tempatan yang saya guna untuk promosi gincu Dior Beauty.

“Saya pun kerja dengan Dior. Jadi, saya rasa peminat pun faham kenapa saya pakai pakaian begitu kerana kadang-kadang idea pereka fesyen agak pelik,” katanya.

Dalam pada itu, Jasmine meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan produk jenama terkenal luar negara dan merupakan individu pertama menerima produk tersebut.

“Saya adalah orang pertama yang dapat produk ini dari Dior Beauty dan juga ibarat muka baru untuk senarai koleksi ini. Kadang-kadang orang hanya tengok dari sudut yang negatif dan bukan ambil yang positif,” katanya.

 

Baca Juga: Kali ini KWSP akan bayar terus RM10,000, tak ada lagi bayar sikit-sikit

Baca Juga: Wanita ini dedah bagaimana taktik penipuan insurans tuntut ‘lost of use’