Kecurangan dalam perkahwinan adalah sesuatu yang tiada sesiapa pun bermimpi untuk melaluinya.
Apatah lagi buat si isteri yang hidup dan matinya hanya kerana seorang bernama suami.
Namun, kisah ini menceritakan bagaimana seorang lelaki yang sepanjang hidupnya menumpang harta isteri bertindak curang dengan wanita dari seberang.
Pernah tak korang saksikan macam mana satu keputusan tu boleh ubah terus kehidupan seseorang. Aku pernah, pakcik aku ni berkahwin dah lama, anak dia memang dah besar panjang pun. Isteri pakcik aku ni senang cerita jenis rajin meniaga, orang yang memang keturunan meniaga jadi pakcik aku pun hidup senang.
Dari aku kecik dulu selalu aku labelkan pakcik aku dan keluarga dia ni kategori kaya sebab dorang ada kereta besar, rumah besar. Isteri dia ni baik ye, jenis memang lemah lembut dan jenis tak kedekut. Anak dia pun semua per4ngai elok. Senang cerita peramah lah. Walaupun kaya, baik sangat satu keluarga.
Benda terjadi beberapa tahun lepas. Pakcik aku ni dia curang belakang isteri dia, semua orang tak tahu tapi itulah dah tuhan nak tunjukkan. Pakcik aku ni waktu tu bercuti dekat negara sebarang dengan perempuan. Dia ingat selamat la kot sebab dah banyak kali bercuti sana pergi balik satu hari jadi orang tak perasan.
Nak ditakdirkan, anak perempuan dia atau selalu aku panggil kak long sebab dia anak sulung. Kawan baik dia ni ada problem dekat negara tu jadi sebab urgent dia pergi sana dan terjumpa pakcik aku ni tengah peluk dengan perempuan lain.
Balik tu memang terus ‘bergegar’, aku pula waktu tu tengah duduk rumah makcik aku untuk 2 hari sebab cuti sem. Aku waktu tu memang tak nak masuk campur la kan, aku dah cakap takpelah aku balik sebab masalah keluarga diorang. Memang bila nampak tu serious gila tapi kak long cakap duduk je.
Nampaklah makcik aku menangis lepastu kak long ni dengan sepupu aku yang lain marah ayah dia. Anak dia yang sorang ni ambik phone ayah dia. Dia ada 2nd phone rupanya check wasap ada share gambar tak senonoh, mesej lucah berlambak siap ada gambar diorang tengah projek ye.
Yang paling kecewa bila baca mesej tu dia cakap isteri dia ni dah tak best, tak bernafsu katanya “barang dah tak naik” tua kereput macam-macam dia kutuk. Paling kesian tengok mak diorang menangis teresak – esak, tak tahu dia nak cakap apa, semua yang cakap anak dia je. Akhir sekali makcik aku cuma cakap, ceraikan dia.
Esok tu juga anak pakcik aku dan isteri buat proses cerai. Waktu tu pakcik aku merayu melutut cakap, “tolong maafkan ayah, maafkan abg!” Tapi aku dalam hati dah cakap terlambat dah ni sebab tengok memang reaksi anak dan isteri dia dah tak boleh nak terima. Sepupu aku semua menangis ye sambil peluk mak dia.
Dari 100-0 terus. Sebab pakcik aku ni segala benda atas nama isteri dia. Yang belikan tu semua isteri dia, bank tu pun sama. Saving tu anak dia keluarkan semua sebab diorang cakap ni duit mak diorang. Kereta jangan cakaplah diorang ambik kunci bawa lari. Telefon dah kena pecahkan.
Aku ingat lagi ye anak dia ambik beg duit pakcik aku, lepastu keluarkan semua duit, kad apa cuma tinggalkan ic dengan lesen lepastu cakap, “jangan pakai duit mak lagi”. Rumah dah tak dapat masuk, diorang ada rumah lain tu pun dia beli rantai dan lock.
Aku ikut sekali beli rantai mangga besar tu, lepastu rumah 3 biji diorang yang lain pun sama. Bila dapat tahu keluarga belah makcik aku habis kena m4ki teruk ye pakcik aku. Belah kami pula jangan cakap lah semua cakap pakcik aku ni bodoh.
Tak sampai setahun dan sah bercerai memang terus takde apa apa, 0 ye pakcik aku. Kau bayangkan lah diorang kahwin dari umur muda. Tak silap aku pakcik aku umur baru 18-19 tahun dan isteri dia pun sama. Lepastu spm pun tak habis.
Selama dia hidup tu, kahwin berpuluh tahun mana ada buat kerja apa semua sebab isteri dia yang meniaga ada duit apa semua. Gila! Umur kau bayangkan dah masuk berapa, kemahiran tak ada, pengalaman apa pun takde, siapa nak ambik kerja.
Akhir sekali kalau tak silap aku, dia kerja kedai makan tolong cuci pinggan mangkuk apa semua. Pernah sekali aku pergi melawat, nampaklah kurus kering keding badan kalau dulu kemain gemuk. Ini rambut pun dah habis botak tengah.
Yang aku ingat last sekali pakcik aku ni berbual dengan mak ngah aku. Mak ngah aku tanya, “kau kenapa curang dengan isteri kau,” dengarlah pakcik aku menangis dia cakap menyesal. Sepanjang proses cerai tu dia merayu ye dekat isteri dia minta maaf tak buat lagi.
Sepupu aku siap tunjuk pakcik aku ada hantar voice note guna telefon orang, menangis dekat mak dia cakap, “abg minta maaf, abg merayu. Tolong.. abg sayang dan cintakan awak.” Tapi dah terlambat, buat keputusan pakai nafsu. Dah sedap dengan perempuan lain, siap kutuk isteri itu ini dah menyesal.
Aku dengan keluarga diorang rapat lagi, waktu raya pun diorang okay je datang. Sebab salah buat keputusan, anak pun dah tak melawat pakcik aku tu. Maka sengsara dan tersiksalah dia seorang diri. – Khan (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Gila! Lelaki lupa lokasi parking kereta, berjaya temui semula selepas 20 tahun