Bersara lebih awal, Cikgu Fadli kecewa dengan KPM?

Mohd Fadli Salleh, seorang guru matematik yang juga dikenali sebagai Cikgu Fadli telah dilaporkan mengambil keputusan untuk bersara awal pada semalam.

Menurut kiriman beliau di laman Facebook, Cikgu Fadli menafikan bahawa persaraannya adalah disebabkan kekecewaan terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Saya terlalu sayangkan KPM dan dunia pendidikan. Cuma adab Melayu, bila bertandang ke rumah orang, tidak molek kita membuat onar sesuka hati.

“Saya tak mahu jadi tetamu yang biadab terhadap tuan rumah yang baik hati. Kerana kasih dan menghormati tuan rumah saya undur diri,” katanya.

Dia turut memberitahu, dia akan ada dalam bidang yang sama namun berbeza haluannya.

“Suara saya akan sentiasa ada. Terima kasih buat seluruh warga KPM selama ini. Maafkan diri ini atas apa jua salah,” katanya.

Berita tersebut juga dikongsikan oleh rakannya, yang juga seorang pempengaruh media sosial, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

“Terima berita yang ‘mengejutkan’ petang ini. Cikgu Mohd Fadli Salleh mengambil keputusan untuk bersara awal sebagai guru.

“Semalam, beliau begitu sibuk dalam live berkongsi ilmu dengan para ibu bapa tentang latihan menjawab mata pelajaran Matematik.

“Hari ini tiba -tiba sahaja diberitakan sudah bersara,” kata Akhi Fairuz dalam sebuah hantaran di laman Facebook.

Baca juga: “Suami ke-3 aku rupanya kaki perempuan, muka baik tapi dalam diam kuat curang sampai semua perempuan nak mesej”