Sebagai suami isteri, wajarlah kalau seorang suami itu menanggung segala perbelanjaan rumah kerana itu adalah tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah.
Namun siapa menyangka isteri yang disara selama bertahun-tahun, akhirnya meminta cerai setelah berjaya direkrut oleh sebuah jabatan kerajaan.
Tiada angin atau ribut, tiba-tiba sahaja isu penceraian menjadi topik hangat dalam rumahtangga atas alasan tidak mahu hidup susah.
“Awak rasa 6 tahun bersama ni, saya senang ke? Susah lagi banyak dari senang”
Ternyata apa yang ditakuti selama ini menjadi kenyataan apabila suaminya mengetahui si isteri mengenali lelaki lain yang mahu dijadikan teman hidup.
Tetapi belum lagi ke arah penceraian, isteri sengaja menayangkan situasinya yang sedang berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram untuk menyakiti hati lelaki tersebut.
Tidak cukup dengan itu, dia turut meminta RM1,500 wang yang diberikan kepada suaminya satu ketika dahulu namun apabila diminta memulangkan rantai dan barang kemas dikatakan pula ia adalah tanggungjawab si suami.
Baca juga: Ini rupanya sebab PMX tak boleh tarik keluar dana Blackrock dari Malaysia