Seorang isteri bertindak nekad apabila memotong zakar suaminya kerana sangat kecewa dengan tingkah laku beliau dan diarahkan bayar ganti rugi sebanyak RM167,071.
Seorang suami kehilangan zakarnya di Indonesia menuntut isterinya membayar ganti rugi sebanyak 550 juta rupiah (RM167,017) kerana memotong kemaluannya.
Berita detikjateng yang melaporkan semalam tujuan dia menuntut bayaran ganti rugi kerana mahu menggunakan wang itu bagi merawat zakarnya.
Peguambela mangsa, Aji Mastoto berkata, wang itu akan digunakan untuk kos operasi dan penjagaan kesihatan anak guamnya kerana selepas kejadian alat kelamin mangsa dipotong, dia perlu menjalani rawatan selama setahun.
Isterinya bertindak memotong kemaluan mangsa di sebuah penginapan di Daerah Jebres, Kota Solo pada Mei lalu kerana kecewa dengan lelaki berkenaan.
Pelaku dituduh melakukan penganiayaan terancang sehingga menyebabkan kecederaan parah dan sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.
Baca juga: Terkejut disapa, seorang pencuri panik tertinggal tong gas