Bertuah! Lelaki ini kongsi momen berkahwin dua, akui isteri yang ‘paksa’ kahwin dengan rakan baiknya

Bertuah! Itu kata-kata yang mampu diucapkan apabila lelaki ini yang mendedahkan bahawa dia berkahwin untuk kali kedua hasil perancangan dari isteri pertamanya.

Mohd. Loqman Mohd. Salleh, 38, telah membuat hantaran melalui akaun Facebooknya yang menunjukkan dirinya bersama dua isterinya yang memakai pakaian putih dalam satu majlis di Kampung Kolam Limbongan tidak jauh dari sini, kira-kira dua minggu yang lalu.

Apabila dihubungi oleh pemberita, Mohd. Loqman memberitahu bahawa pinangan tersebut telah diatur sendiri oleh isteri pertamanya, Mastura Zulkifli, 33, dengan tujuan berkongsi kebahagiaan hidup berumah tangga bersama-sama.

Mohd Loqman dan isteri-isteri

Dia turut menjelaskan bahawa dia dan isterinya tidak menghadapi sebarang masalah dan telah diberkati dengan tiga anak yang berusia antara empat hingga 11 tahun hasil daripada perkahwinan mereka yang telah berlangsung selama 12 tahun.

“Isteri kedua saya, Norain Mohd. Isa juga berusia 38 tahun dan merupakan sahabat kepada isteri pertama.

“Perkahwinan ini merupakan perancangan isteri pertama dan keizinan daripada sendiri,” katanya.

“Nasihat saya kepada lelaki yang ingin berpoligami, sentiasa bercakap benar dengan isteri dalam apa jua perkara, Insya-Allah akan kekal hingga ke syurga,” ujarnya.

Baca juga: “Mula mula sorang je adik ipar nak tumpang rumah, kemudian datang lagi sorang. Akhirnya kami laki bini dah kurus kering”