Bertuah punyai teman yang baik, lelaki ini dihadiahkan kereta, 2 tahun ulang alik jalan kaki ke tempat kerja

Bertuah punyai teman yang baik, lelaki ini dihadiahkan kereta kerana 2 tahun ulang alik jalan kaki ke tempat kerja.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pemuda menerima hadiah kereta daripada rakan-rakannya telah mencuri perhatian ramai.

Pakat kumpul duit hadiahkan kereta

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan rakan ketika itu mahu membuat kejutan kepada rakan mereka. Dapat dilihat mereka menutup mata pemuda tersebut sebelum membawanya keluar.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah mereka rupa-rupanya telah berpakat mengumpul duit untuk membelikan sebuah kereta buat rakan mereka.

“2 tahun pergi kerja jalan kaki naik bas. Jadi kita orang bincang kumpul duit ramai-ramai beli kereta sebiji untuk kau. Harap kau happy dengan hadiah daripada kawan yang tak seberapa ni,” tulisnya.

“Ingatkan motor rupanya kereta. Beruntung awak bang” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 194.5K likes dan 6,292 comments di TikTok.

@ilmamiqbal

2 tahun pergi kerja jalan kaki naik bas . Jadi kitaorang bincang kumpul duit ramai2 beli kereta sebiji untuk kau . Harap kau happy dengan hadiah daripada kawan yang tak seberapa ni 🤲🏻

♬ original sound – MVM Music – MVM Music

Baca juga: Patutlah beras tak ada, rupannya kita terpaksa berebut dengan warga asing